TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, May 3, 2011

Pemilihan Jawatan Kuasa Pas Kawasan Lumut berjalan lancar.

Ucapan Perasmian oleh Pesuruhjaya PAS Perak
Ustaz Abu Bakar Hussain
 
Perwakilan yang hadir
Tayangan LCD mengenangkan sahabat Allahyarham saudara Zakaria YassinPengarah MTD yang telah meninggal dunia baru-baru ini.
Penyampaian Plak Peringatan dan terimakasih kepada anak Allahyarham Zakaria Yassin disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak kepada anaknya saudara Hafiz.


2 Mei 2011- Pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan Lumut untuk sessi 2011-2013 berjalan lancar dan tenang, dalam Mesyuarat Agung Pas Kawasan Lumut kali Ke 24 yang diadakan di Dewan Sekolah At Taalim di Seri Manjung. Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh Pesuruh Jaya Pas Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussain. Dalam ucapan perasmiannya Pesuruhjaya PAS Perak mengngatkan perwakilan agar meneruskan kerja jamaah secara berkumpulan atau Tauhid du Sufuh. Dalam Mana-mana pilihanraya UMNO telah melakukan rasuah secara terang-terangan walaupun pada mereka ianya sebagai janji pilihanraya iaitu pembangunan. Para perwakilan juga disarankan agar menyampaikan dakwah atau maklumat kepada rakyat atau ke akar umbi secara basirah supaya maklumat terkini samapai kepada mereka. Beliau juga berharap PAS Kawasan Lumut dapat menyediakan pasukan pelapis yang berwibawa di kalangan orang-orang muda yang berkebolehan untuk memperkasakan organisasi dan jamaah. Sebelum itu Yang Di Pertua Pas Kawasan Lumut Hj Noh Ahmad, yang mengekalkan jawatannya tanpa bertanding telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Katanya; Stail PAS Lumut mengurus organisasi ialah secara low profile atau menggunakan arus bawah yang tidak terlalu menonjol. Stratejik dan sistemetik dalam menambah bilangan penyokong sangat penting, dan bukannya kerana banyak aktiviti ceramah atau bilangan bendera yang banyak. Timbalan Ketua Yang Di Pertua telah dimenangi oleh Haji Muhammad Abdul Ghani dan Haji Muhammad Rosli telah mengekalkan jawatan Naib Yang Di Pertua. Ahli-ahli Jawatankuasa Pas yang telah terpilih untuk sessi ini ialah ;Hamidun Ahmad, Haji Muhammad Imran, Tengku Iskander Tengku Muhammad, Shafie Ideris, Hajah Nurhayati Haji Yahya, Osman Ahmad, Majid Ismail, Usman Uyub, Zolkarnaen Abu Bakr, Zolkefli Ahmad Yusuf, Jaafar Khalid,Haji Badrul Bulat, Haji Abdul Hamid Abdul Majid, Raja Kamaruddin, Puan Che Samrah Mad Isa dan Sulaiman Ahmad. Untuk pencalonan Ahli ahli Jawatankuasa PAS Pusat,  mesyuarat telah memberi mandat kepada ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan yang baru dilantik untuk membuat pemilihan. Mesyuarat berakhir jam 2 petang. Dalam majlis ini Pesuruhjaya Pas Perak telah menyampaikan Plak Peringatan dan terima Kasih kepada Anak Allahyarham Saudara Zakaria Yassin Pengarah MTD Pasir Panjang, Saudara Hafiz Zakaria, diatas usaha Allahyarham sepanjang beliau bersama Pas Kawasan Lumut yang banyak menyumbang bakti untuk kawasan Lumut dan DUN Pasir Panjang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama syuhada.

No comments:

Post a Comment