TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, May 8, 2011

Pas Kawasan Lumut memilih Ketua Penerangan yang baru.

Haji Mohamad Imran

PAS Kawasan Lumut telah melantik Haji Mohamad Imran Hamid sebagai Ketua Penerangan yang baru. Dengan perlantikan ini akan memberi wajah baru kepada perjalanan PAS di kawasan Lumut. Beliau yang baru sahaja bersara dari perkhidmatan TLDM sudah tentu dapat mengembangkan pengalamannya dari segi organisasi tentera kepada organisasi politik. Lajnah Penerangan adalah satu  daripada lajnah  
Zamri Ibrahim
Hamidun Ahmad
yang akan  mengendalikan program  yang berkaitan  dengan penerangan parti samada mengurus hal ehwal ceramah, menerbit dan mengedar risalah atau bahan kempen. Di zaman era baru dan globalisasi ini lajnah Penerangan juga adalah pengendali dan penyelia kepada urusan Media baru seperti laman web, blog, facebook, twitter atau segala macam yang berkaitan. Haji Mohd Imran akan dibantu oleh saudara Haji Mohd Safawi yang berpengalaman dalam bidang Media baru dan jurugambar profesional, yang akan membantu menggerakkan lajnah ini dalam urusan media baru yang diturut dibantu oleh beberapa ahli-ahli jawatan kuasa kecil yang akan dilantik. Manakala Saya yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 (Tindakan Mesyuarat & Laporan ) dalam Jawatan Kuasa Harian PAS Kawasan Lumut. Saya juga akan meneruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan urusan kebajikan dan kemasyarakatan di DUN Pasir Panjang dan Kawasan Lumut. Penolong Setiausaha 2 (Pendaftar Pertubuhan & Keahlian ) Saudara Sulaiman Ahmad, Manakala Saudara Zaid Husaini dilantik sebagai Penolong Setiausaha 3 ( Pengurusan Pejabat & Aktiviti).Saudara Zamri Ibrahim pula dilantik sebagai Ketua Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia. Perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dan Hak Asasi Manusia akan dikendalikan oleh beliau yang juga seorang pengamal undang-undang bertauliah. Lajnah-lajnah lain ialah Lajnah Politik dan Pilihanraya, Tarbiyah & Kepimpinan , Keselamatan & Protokol, Pendidikan Penyelidikan, Peneroka, Pemgguna dan Alam Sekitar, Pertanian Asas Tani, Perpaduan Nasional, Ekonomi dan Pengurusan Aset, Pekerja & Industri,  Dengan ini , Pas kawasan Lumut akan bergerak seiring bagi menentukan perjalanan dan pengurusan parti akan lebih tersusun dan berkeupayaan. Pemilihan dan perlantikan Pengerusi Lajnah-lajnah ini dibuat dalam satu mesyuarat kali pertama Jawatankuasa PAS kawasan Lumut selepas Mesyuarat Agung kali ke 24 seminggu lalu yang dipengerusikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut Haji Noh Ahmad.

Haji Mohamad Desa
Dalam berita yang lain, Haji Mohamad Desa atau dikenali dengan Manjung Mari, telah terlibat dengan kemalangan semasa beliau dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya. Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan ortopedik akibat kecederaan dalam kemalangan tersebut. Yang Di Pertua Pas kawasan Lumut, Haji Noh Ahmad dan ahli-ahli jawatankuasa PAS kawasan,  serta rakan-rakannya dari blogger - blogger yang mengenalinya telah menziarahi beliau. semoga beliau akan cepat sembuh dan akan berblog seperti sediakala. Buat masa ini beliau terpaksa berehat sementara waktu, kerana pergerakan kaki dan badannya agak terhad. Rakan-rakan yang ingin menziarahinya, bolehlah terus ke Wad 7 hospital  Seri Manjung.

No comments:

Post a Comment