Wanita Umno Bahagian Lumut turut mendengar Ceramah Penerangan Dato' Seri Nizar di Kedai kopi Kampong Sungai Tiram lekir.
Dato' Seri Nizar yang sedang menyampaikan mesej kepada penduduk Kampung Sungai Tiram, Lekir. yang di hadiri oleh penyokong PAS dan juga penyokong PAS.
13 Jan 2011 yang lalu, Dato' Seri Nizar telah berada di Kampong Sungai Tiram, Lekir dalam kawasan Pasir Panjang. Ianya merupakan aktiviti yang tidak pernah putus untuk bertemu rakyat sebaik sahaja di nobatkan sebagai wakil rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Yang berhormat yang tidak mengira latar belakang samada tua atau muda, bangsa dan keturunan, lelaki atau perempuan semuanya merasa terhibur bila bertemu dengannya. Mereka tidak pula merasa kekok atau janggal untuk bertemunya. Malah di Kampung Sungai Tiram, Lekir baru-baru ini Program yang dihadiri oleh Dato' Seri Nizar turut sama hadir memeriahkannya ialah perkumpulan Wanita UMNO Bahagian Lumut. Malah mereka cukup puas dapat mendengar ucapan yang benar-benar datang dari seorang wakil rakyat yang perihatin tentang masalah rakyat. Dalam ucapan pendeknya beliau mengajak penduduk disitu menilai balik apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO selama ini terhadap rakyat. Masalah kenaikan harga barang yang tidak dapat dibendung, pembaziran pengurusan kewangan negara yang melampau yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sepatutnya rakyat tidak lagi memilih UMNO. Rakyat semakin terhimpit, ditekan dalam keadaan rakyat tidak sedar. Dato' Seri Nizar juga menceritakan tentang perjalanan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, dimana banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dijawab dengan tepat oleh Dr Zambry sebagai ketua kerajaan Barisan Nasional. Misalnya soal isu ancak yang merupakan perbuatan khurafat yang dibuat oleh Dr Zambry sendiri dalam satu program di Guar Manong baru-baru ini. Begitu juga soalan berkaitan pemberian pampasan terhadap seorang pemilik tanah di Kampong Masjid Pangkor yang diberi oleh kerajaan semata-mata menyelamatkan sebuah rumah milik ibu Dr Zambry di situ. Sewajarnyalah rakyat menghukum Barisan Nasional dari terus berkuasa memerintah Malaysia dalam PRU ke13 akan datang. Kelemahan-kelemahan ketara dalam pentadbiran serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional sewajar dibendung dari terus merebak yang memberi kesan kepada rakyat. Program pada petang itu di adakan di kedai kopi kepunyaan penyokong UMNO yang sangat menggemari Dato' seri Nizar, dimana kedainya yang terletak berhampiran dengan rumah Mertua Dr Zambry. Kami dihidangkan dengan Mee Bandung dan Tea tarik sepesel. Semoga jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment