TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, January 31, 2011

keputusan terperinci Dun Tenang

http://www.tranungkite.net/v11/gambar/keputusan_tenang.jpg

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS “Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

Wednesday, January 26, 2011

DEWAN ULAMA PAS PERAK SANGGAH KENYATAAN ZAMBRY

21 Safar 1432H.
Oleh : dewanulama pasperak.

IPOH, 25 Jan - Ketua Penerangan Dewan Ulama’ PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria hari ini membidas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir di atas kenyataan beliau yang menuduh para ulama’ sebagai penyebar fitnah.

“Ulama’ berperanan menyampaikan kebenaran dan keadilan agama Islam, bukan penyebar fitnah”, beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zambry yang menuduh pihak tertentu yang mendakwa sebagai para ulama’ telah menyebarkan fitnah.

“Para ulama’ mempunyai ilmu dan bercakap berdasarkan ilmu, sebagai contoh sekiranya ada perbuatan pemimpin yang boleh membawa kepada amalan syirik dan khurafat tentulah para ulama’ menegur dan menyatakan kebenaran. Kalau ulama’ mendiamkan kemungkaran bererti ulama’ menjadi seperti syaitan bisu”, jelas beliau

Beliau juga menyatakan bahawa PAS selama ini telah berjaya melahirkan ulama’ yang dapat memimpin masyarakat dengan segala pendekatan tarbiyyah dan mampu melahirkan individu yang bertaqwa kepada Allah SWT.

"Inilah perbezaan yang jelas antara PAS dan Umno. Umno jelas-jelas mengenepikan peranan ulama’ dalam parti mereka, orang yang ada ilmu agama dalam Umno terpaksa bersetuju walaupun tindakan kerajaan menyalahi hukum agama seperti cadangan hub hiburan malam melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP)”, tegas beliau.

Menurut beliau, ulama’ di dalam PAS memimpin parti dan mendidik masyarakat dengan tarbiyyah Islamiyyah dan menerangkan perihal hukum halal haram supaya masyarakat bertaqwa kepada Allah SWT.

“Golongan ulama’ mampu memberi tunjuk ajar dan nasihat, perkara ini tidak berlaku dalam Umno dimana ulama’-ulama’nya hanya mengikut telunjuk pemimpin dan kepentingan politik mereka," ujar beliau.

Memetik ucapan beliau, “ Masalah antara Umno dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah negara Malaysia, sama ada dari sudut pentadbirannya, kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W Pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Beliau menyatakan bahawa, PAS mempunyai agenda besar dalam perjuangannya dan tidak sesekali terpengaruh dengan perjuangan nasionalis-sekular Umno, justeru Umno akan terus ditentang selagi parti itu mempertahankan dasar kebangsaan atau assobiyyah.

“Perjuangan PAS bukan menentang peribadi, tetapi menentang dasar Umno. Siapa sahaja yang memimpin Umno, PAS akan tentang selagi ia mempertahankan dasar Umno yang membawa perkara mungkar dan mengkhianat amanah negara dan rakyat. PAS tidak pernah berundur walau setapak untuk menyatakan Umno parti yang tidak betul,” katanya.

Saturday, January 22, 2011

PRK N05 Tenang: Gambar yang ingin dilihat

Walaupun ada khabar angin kata ada beberapa orang calon bebas akan masuk bertanding tapi nampak gayanya dah sah pertandingan satu lawan satu di PRK N05 Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman akan ditentang olen calon BN Mohd Azahar Ibrahim. Bekas cikgu melawan bekas ADO.

Walaupun Dun Tenang dikatakan kubu kuat Umno BN, tapi tak semestinya Umno akan menang. Peluang untuk calon PAS tetap ada walaupun mungkin tipis. Apa yang pentingnya jentera dapat digerakkan semaksima mungkin.

Tak kira siapa pun yang menang nantinya, yang paling tentu, masyarakat di Dun Tenang mendapat durian runtuh yang belum pernah depa tengok sebelum ni. Kalau tak sempat dapat pun sekurang-kurangnya depa akan dapat janji durian runtuh.

Bukan setakat masyarakat di Tenang akan dapat, tapi aktivis politik pun turut sama akan dapat habuan sama. Tak kira la sama ada dalam bentuk material ataupun bukan material. Mungkin jugak ada yang akan cuma dapat letih. Bergantung kepada niat dan kerja buat depa.








Video dan himpunan gambar penamaan calon
ikhsan (tanpa kebenaran) Harakahdaily & BHOnline

Saturday, January 15, 2011

Dato' Seri Nizar membuat lawatan Pondok Hadis At Taalim di Seri Manjung.

Pelajar pengambilan pertama Pondok Hadis At Taalim, Seri Manjung bergambar bersama YB Dato' Seri Ir Haji Mohd Nizar Jamaluddin ADUN Pasir Panjang. 
Laksamana Pertama (B) Hj Imran dan Ust Zaem sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pondok sedang menerangkan sesuatu dalam lawatan singkat  Dato' Seri Nizar.
Motivasi disampaikan kepada pelajar pondok agar belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu.
Pelajar-pelajar mendengar nasihat Dato' seri Nizar sebagai motivasi untuk mereka.
Pelajar-pelajar At Taalim mengerumuni Dato' Seri Nizar di atas tilam mereka dimana beliau cuba merasakan keempukan tilam pelajar di sini.

Dalam lawatan singkat Dato' Seri Nizar semalam, beliau sempat membuat lawatan singkat ke Pondok at Taalim di Seri Manjung. Pondok ini yang baru sahaja di buka pada hari isnin yang lalu adalah merupakan pondok pengajian dalam ilmu hadis. Dalam pengambilan yang pertama, seramai 22 pelajar telah mendaftar dan tinggal di asrama yang disediakan. Kehadiran Dato' Seri Nizar ke Pondok ini mengembirakan para pelajar disini kerana dapat bersua muka dengan pemimpin kegemaran mereka. Dato' Seri Nizar sempat menyampaikan sedikit motivasi kepada para pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam ilmu yang kurang di ambil pilihan untuk pengajian. Dalam lawatan singkat itu juga Dato' Seri Nizar membuat lawatan ke tempat penginapan mereka. Banyaklah peralatan dan kemudahan yang belum sempurna yang memerlukan bantuan sumbangan orang ramai agar para pelajar dapat belajar dengan lebih lebih selesa. Kepada para dermawan atau individu yang perihatin bolehlah menghulurkan sumbangan kepada pondok berkenaan.

Wanita dan Penyokong Umno dengar Ceramah Penerangan Haji Nizar Di Kedai Kopi Sungai Tiram

Wanita Umno Bahagian Lumut turut mendengar Ceramah Penerangan Dato' Seri  Nizar di Kedai kopi Kampong Sungai Tiram lekir.
Dato' Seri Nizar yang sedang menyampaikan mesej kepada penduduk Kampung Sungai Tiram, Lekir. yang di hadiri oleh penyokong PAS dan juga penyokong PAS.
Penduduk Kg Sungai Tiram yang hadir
Di atas Tikar pun boleh
Dengan penuh bersemangat, penduduk ini meluahkan masalahnya kepada wakil rakyat mereka.
 
Mereka berkesempatan bergambar dengan Dato' Seri Nizar

13 Jan 2011 yang lalu, Dato' Seri Nizar telah berada di Kampong Sungai Tiram, Lekir dalam kawasan Pasir Panjang. Ianya merupakan aktiviti yang tidak pernah putus untuk bertemu rakyat sebaik sahaja di nobatkan sebagai wakil rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu. Kemesraan yang ditunjukkan oleh Yang berhormat yang tidak mengira latar belakang samada tua atau muda, bangsa dan keturunan, lelaki atau perempuan semuanya merasa terhibur bila bertemu dengannya. Mereka tidak pula merasa kekok atau janggal untuk bertemunya. Malah di Kampung Sungai Tiram, Lekir baru-baru ini Program yang dihadiri oleh Dato' Seri Nizar turut sama hadir memeriahkannya ialah perkumpulan Wanita UMNO Bahagian Lumut. Malah mereka cukup puas dapat mendengar ucapan yang benar-benar datang dari seorang wakil rakyat yang perihatin tentang masalah rakyat. Dalam ucapan pendeknya beliau mengajak penduduk disitu menilai balik apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO selama ini terhadap rakyat. Masalah kenaikan harga barang yang tidak dapat dibendung, pembaziran pengurusan kewangan negara yang melampau yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sepatutnya rakyat tidak lagi memilih UMNO. Rakyat semakin terhimpit, ditekan dalam keadaan rakyat tidak sedar. Dato' Seri Nizar juga menceritakan tentang perjalanan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini, dimana banyak soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dijawab dengan tepat  oleh Dr Zambry sebagai ketua kerajaan Barisan Nasional. Misalnya soal isu ancak yang merupakan perbuatan khurafat yang dibuat oleh Dr Zambry sendiri dalam satu program di Guar Manong baru-baru ini. Begitu juga soalan berkaitan pemberian pampasan terhadap seorang pemilik tanah di Kampong Masjid Pangkor yang diberi oleh kerajaan semata-mata menyelamatkan sebuah rumah milik ibu Dr Zambry di situ. Sewajarnyalah rakyat menghukum Barisan Nasional dari terus berkuasa memerintah Malaysia dalam PRU ke13 akan datang. Kelemahan-kelemahan ketara dalam pentadbiran serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional sewajar dibendung dari terus merebak yang memberi kesan kepada rakyat. Program pada petang itu di adakan di kedai kopi kepunyaan penyokong UMNO yang sangat menggemari Dato' seri Nizar, dimana kedainya yang terletak berhampiran dengan rumah Mertua Dr Zambry. Kami dihidangkan dengan Mee Bandung dan Tea tarik sepesel. Semoga jumpa lagi.





Wednesday, January 12, 2011

Mai memancing di Selat Dinding kawasan Pasir Panjang

Jika tuan puan berminat untuk memancing di Selat Dinding dalam kawasan Pasir Panjang hubungi Encik Abu Bakar Puteh pengusaha ikan dalam sangkar di Selat Dinding berhampiran jambatan Bainun menghala ke Segari. Menurut Encik Abu Bakar, beliau sekadar menyediakan tempat memancing di platform sangkar ikannya dengan mengenakan sedikit bayaran untuk penginapan. Selain daripada tempat penginapan, pemancing juga akan disediakan tempat solat, tempat peralatan memasak, tempat menginap terhad dan lampu malam. Hubungilah segera kerana tempat menginap adalah terhad teruatama waktu-waktu hujung minggu.

Program Dato' seri Nizar di kawasan Pasir Panjang.

 
Tuan- Puan di sekitar Manjung dan Pasir Panjang, dijemput hadir ke program di atas untuk bertemu dengan wakil rakyat kesayangan kita Dato' Seri Mohamad Nizar bin Jamaluddin. Beliau akan minum petang dan sembang-sembang dengan tuan puan di Kampong Sungai Tiram, serta sebelah malamnya akan menyampaikan kuliah maghrib di surau Fasa 2D, Seri Manjung. Kehadiran tuan puan sangat-sangat dialu-alukan.

Monday, January 10, 2011

PONDOK AT TAALIM MULA BEROPERASI DI BANDAR SERI MANJUNG, PERAK.

Pelajar pengambilan pertama di Pondok At Taalim sedang mendengar kuliah dari guru mereka.
Khusyuk mendengar kuliah dihari pertama pengajian.
Ustaz Zaim adalah salah seorang tenaga pengajar di Pondok Hadis At Taalim

10 Januari 2010 di Seri Manjung Perak, Pondok Hadis At Taalim mula beroperasi. Pengambilan pertama pelajar seramai 22 orang telah mendaftar dan memulakan pengajian mereka. Mereka ditempatkan di asrama yang disediakan oleh pihak pengurusan pondok. Mudir pondok ini ialah al fadil Ustaz Nasim yang telah lama berkhidmat dan berpengalaman dalam sistem pengajian pondok. Beliau merupakan bekas pelajar ilmu hadis di Pakistan dan telah mengajar di pondok hadis, Kelantan. Pelajar-pelajar pondok ini akan mengikuti sistem pengajian memahami dengan lebih terperinci berkaitan ilmu hadis. Mereka juga akan didedahkan dengan kitab-kitab bahasa arab seperti ilmu lughah, sarof, mantik dan juga tidak ketinggalan mengenai ilmu al Quran. Jangka masa pengajian 9 tahun untuk mereka benar-benar mahir berkaitan ilmu hadis. Dengan tertubuhnya Pondok Hadis At Taalim di Seri Manjung ini, akan menjadikan Seri Manjung sebagai hub ilmu khususnya berkaitan ilmu Islam. Ianya merupakan kejayaan besar yang patut dibantu oleh masyarakat dan ummah dengan membantu mengemaskinikan prasarana pondok ini agar mereka menjadi pewaris kepada ilmu yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada ummatnya.Kejayaan pondok ini adalah kejayaan kita bersama. Semoga akan lahir lebih ramai lagi ilmuan Islam selepas ini. Bantu membantu kepada kebaikan dan kebajikan sudah tentu menjaminkan rahmat untuk seluruh alam.



Wednesday, January 5, 2011

10 janji pakatan rakyat dalam tempoh 100 hari jika diberikan kuasa memerintah

PENJELASAN TOK GURU MELEGAKAN

Jawapan Tok Guru dalam isu pertemuan dengan Presiden UMNO ketika mengadap Tuanku YDP Agung melegakan semua pihak terutama ahli dan penyokong PAS. Isu ini cuba diambil kesempatan oleh beberapa penulis blog untuk menunjukkan bakatnya membuat andaian-andaian jahat terhadap Tok Guru. Mereka tanpa usul periksa dan juga tanpa segan silu cuba mengaitkan isu lama yang dibangkitkan dulu.



Tok Guru dapat menghidu usaha jahat ini, lantas terus membuat kenyataan akhbar tanpa menunggu masa panjang bagi menangkis cubaaan menohmah Tok Guru. Berikut kenyataan penuh Tok Guru di Kota Bharu hari ini.


Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :
 

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
 

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.
 

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.
 

Terima kasih. Wassalam.
 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
 

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
 
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Tuesday, January 4, 2011

Majlis Perpisahan Haji Nasir di Restoren Horizon Garden, Seri Manjung.

Tuan Haji Nasir sedang memberikan ucapan perpisahan.
Laksamana Pertama(B) Haji Imran Abd Hamid mengetuai bacaan doa memohon keselamatan.
Haji Nasir bersalaman dengan hadirin
Antara mereka yang hadir
Majlis Perpisahan Haji Nasir yang berpindah ke kampung halamannya di Mersing Johor.
Ustaz Mohamad selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Surau MADAH Fasa 1A, Seri Manjung menyampaikan cenderahati tanda ingatan kepada Hj Nasir merupakan ahli Jawatankuasa Surau yang berpindah ke kampung halamannya di Mersing, Johor setelah bersara dari Naval Dockyard, Lumut.

Bergambar dengan ahli-ahli jamaah surau MADAH sempena meraikan majlis perpisahan Haji Nasir

Malam Jumaat yang lalu, satu majlis perpisahan meraikan Ahli Jawatankuasa Surau MADAH, Fasa 1A, Seri Manjung saudara Haji Nasir telah diadakan di Restoren Horizon Garden, Seri Manjung. Beliau yang telah bersara dari TLDM dan Boustead Naval Dockyard akan meninggalkan Seri Manjung untuk tinggal menetap dikampungnya di Seri Mersing. Sepanjang beliau bersama keluarganya tinggal dikawasan perumahan Fasa 1A beliau sangat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan surau. Kemesraaan yang ditonjolkan dengan masyarakat setempat selama ini menjadi kehilangan besar kepada penduduk di sini. Namun apapun kawan-kawan dan masyarakat tetap akan mengenang jasanya terhadap mereka. Majlis perpisahan ini dihadiri oleh ahli qariah surau MADAH. Ustaz Mohamad selaku Pengerusi surau mengucapkan terimakasih kepada Haji Nasir dan menyampaikan cenderahati kepada beliau. Turut hadir dan membaca doa ialah Laksamana (B) Haji Imran Abd Hamid merupakan  kawan baik Haji Nasir semasa di dalam perkhidmatan TLDM. Jasamu tetap dikenang.