TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, August 6, 2012

Komiti Gerakerja Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang Jayakan Majlis Makan Malam.

Majlis Jamuan Makan Anjuran Komiti Gerak Kerja Pilihan Raya Pasir Panjang

Tetamu Istemewa mengebarkan bendera PAS di Pentas utama.
Ahli Jawatan Kuasa yang hadir bersiap sedia  untuk berbuka puasa
Mereka yang hadir di Majlis Makan Malam
Keseluruhan Dewan dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat untuk menjamu selera.
Bendera PAS dikibarkan oleh mereka walaupun berlainan parti
Dato' Speaker Selangor menyampaikan sumbangan kepada SRK Cina Lumut hasil kutipan yang dipungut pada malam tersebut.
Sumbangan juga disampaikan kepada saudara Rafizi Ramli bagi menampung kos guamannya

4 Ogos 2012 (Sabtu),Komiti Gerak kerja Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang telah berjaya menganjurkan satu Majlis Jamuan Makan Malam yang diadakan di Marina Island Hall , Teluk Muruh, Lumut. Komiti ini telah berjaya menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh membantu dan berusaha menjalankan aktiviti-aktivitinya sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum yang ke 13 dalam kawasan DUN Pasir Panjang Parlimen Lumut. Mereka juga berhasrat menentuka para pengundi khususnya kaum Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang. Hampir 5000 pengundi Cina mengundi dalam kawasan DUN Pasir Panjang yang sebelum ini ditandingi oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin Mantan Menteri Besar Perak yang telah dirampas kuasa oleh UMNO Barisan Nasional selepas 11 bulan memerintah.
Dalam Majlis Makan Malam yang meriah itu kira-kira 1500 orang hadir dan menunjukan kegembiraan dan berjanji memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang dinanti-nantikan tarikhnya.
Tetamu istemewa pada malam tersebut ialah Speaker Kerajaan Negeri Selangor, ADUN Sekinchan, ADUN Teja, ADUN Titi Serong, Saudara Rafizi Ramli, Veteren DAP, Pimpinan setempat PKR, PAS dan DAP.
Komiti ini juga berjaya menyampaikan sumbangan kepada SRK Cina, Lumut dan Sumbangan kepada Saudara Rafizi Ramli untuk membantu beliau menampung kos guamannya yang baru-baru ini ditahan di bawah akta BAFIA. Kejayaan majlis ini di atas adalah kerana kesungguhan ahli komiti dan kerjasama yang diberikan oleh Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang terhadap komitmen mereka terhadap gerakkerja yang diberikan.

No comments:

Post a Comment