| Ismail Hashim | 
| SHAH ALAM, 27 April: Negara kini berada dalam keadaan membimbangkan kerana berleluasanya salah laku rasuah yang tidak dapat dibendung lagi. Keruntuhan itu tidak dapat dielakkan sekiranya kerajaan yang sedang mengamal dan membiarkan isu ini berlarutan, tidak ditukar dengan pakatan baru yang menolak rasuah. AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri selepas itu tumbang. Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini petang tadi. Turut serta adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar dengan moderator dari Bernama TV, Zulkifli Bujang. Bercakap lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri yang juga Presiden BN dan Umno. Bagaimana mungkin, soalnya, mereka boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan yang melibatkan perdana menteri dan mereka yang terlibat. Sebab itu, tegasnya, Pakatan Rakyat meminta selama ini agar semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya mestilah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen. Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar yang melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar menidakkannya. "Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku. "Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya. Majlis beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu dan membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya. Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras. | 
TRELLER JELAJAH
 
Undilah PAS
 
Wednesday, April 27, 2011
Rasuah: Keadaan negara membimbangkan
Monday, April 25, 2011
Dewan Negara: JPJ Tidak Senarai Hitam Kes Yang Tidak Dibawa Ke Mahkamah
  KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) --  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  tidak lagi menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen  kenderaan motor bagi kes-kes yang tidak dibawa ke mahkamah, kata  Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat.
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.
Menjawab pula soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahu jumlah kenderaan yang disenaraihitamkan sejak 2009, Jelaing berkata sebanyak 119,330 lesen memandu dan 154,663 lesen kenderaan motor telah disenaraihitamkan pada tahun lalu.
Manakala pada tahun sebelumnya, sebanyak 122,794 lesen memandu dan 180,624 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan.
"Kita menjalankan tugas yang amat bermakna di mana kita mahu kurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya. Dengan adanya penyenaraian hitam kenderaan dan lesen memandu dan penguatkuasaan cara lain dapatlah membantu mengurangan kemalangan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Beliau berkata hanya kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan kes jenayah yang berada dalam siasatan Polis Diraja Malaysia atau JPJ sahaja yang akan disenarai hitam lesen memandu dan kenderaan motor terbabit.
"Tindakan menyenarai hitam kenderaan dengan menyekat urusniaga pembaharuan lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang dilakukan oleh JPJ adalah selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) dan 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan.
"Tindakan ini diambil terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mohammed Najeeb Abdullah yang ingin tahu mengenai kenderaan yang disenaraihitamkan oleh JPJ berdasarkan saman ekor sedangkan kesalahan belum disabitkan oleh mahkamah.
Menjawab pula soalan Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang ingin tahu jumlah kenderaan yang disenaraihitamkan sejak 2009, Jelaing berkata sebanyak 119,330 lesen memandu dan 154,663 lesen kenderaan motor telah disenaraihitamkan pada tahun lalu.
Manakala pada tahun sebelumnya, sebanyak 122,794 lesen memandu dan 180,624 lesen kenderaan motor disenaraihitamkan.
"Kita menjalankan tugas yang amat bermakna di mana kita mahu kurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya. Dengan adanya penyenaraian hitam kenderaan dan lesen memandu dan penguatkuasaan cara lain dapatlah membantu mengurangan kemalangan jalan raya," katanya.
-- BERNAMA
Sunday, April 24, 2011
Panas! Surau di Perak dirobohkan, jemaah terpaksa guna khemah
Dipetik dari Website Aduanrakyat [Aduanrakyat] via [tranungkite]
By: Zubaini

Saya  adalah anak watan Kampung Baru Kanthan Lama, ini adalah keluhan dari  penduduk semasa saya balik ke kampung pada 17 April 2011 yang lalu.
Pada 14 March 2011, datang kontraktor untuk merobohkan Surau Kampung Baru Kanthan Lama, Chemor Perak.  Setelah berbincang dengan kontraktor yang mana tujuan meroboh adalah  dari arahan BOSS mereka yang mana akan menggganti Surau yang baru yang  mana menurut mereka dari peruntukan Kerajaan melalui YB DUN HULU KINTA.
Yang menjadi muskilnya hingga sekarang tiada siapa pun yang memaklum perkara yang sebenar. Dan hingga ke hari ini tiada tanda-tanda menunjukan untuk pembinaan surau baru yang dibuat, seolah tapak surau kampung ini umpama jadi padang jarak padang terkukur.
Penduduk tidak dapat solat berjemaah lagi sehingga hari ini, dan jika ada ceramah akan diadakan di dalam rumah dan khemah yang di hadiah kan dari DUN Hulu Kinta.
Allahhuakbar,

Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan
 Sumber TVS
 Sumber TVS LUMUT 24 APRIL :  Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  dan Kerajaan Barisan Nasional  supaya lebih berusaha dalam mengurus  tadbir negara Malaysia daripada  ghairah melakukan politik fitnah.Menurut Anwar, kedudukan ekonomi  Malaysia dilihat semakin  hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan  sistem pentadbiran negara  dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan  pelabur asing terus  berkurangan.
LUMUT 24 APRIL :  Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  dan Kerajaan Barisan Nasional  supaya lebih berusaha dalam mengurus  tadbir negara Malaysia daripada  ghairah melakukan politik fitnah.Menurut Anwar, kedudukan ekonomi  Malaysia dilihat semakin  hari semakin meruncing akibat ketidaktelusan  sistem pentadbiran negara  dan pemimpinya sehingga menyebabkan keyakinan  pelabur asing terus  berkurangan.Masalahnya Najib tak terjawab. Ekonomi merudum, harga barang naik, rakyat susah. Kes pembunuhan tak jawab. Dia cuba cakap pasal pornografi, lucah. Kes Anwar dengan akhlak yang sangat buruk," kata Anwar di hadapan lebih dua ribu rakyat Manjung dan Lumut yang menghadiri ceramah beliau semalam.
Kemunculan  video seks yang didakwa mirip  Anwar oleh Trio Datuk T iaitu bekas  Ketua Pemuda Umno Tan Sri Rahim  Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk  Syazrel Eskay dan bekas bendahari  Perkasa Datuk Syuaib Lazim yang  memaparkan tayangan tersebut di Carcosa  Sri Negara Mac lalu dianggap  sebagai satu lagi fitnah kepada Ahli  Parlimen Permatang Pauh itu oleh  banyak pihak.
Malah media kawalan  Barisan Nasional(BN)  seperti Utusan Malaysia, TV 3 dan Berita Harian  yang pro UMNO semakin  rancak memainkan isu tersebut seolah-olah tiada  isu semasa lain yang  perlu diketengahkan yang menjadi kepentingan  rakyat.
Jelas Anwar, berikutan  keasyikkan media  kawalan Umno itu menyiarkan pelbagai laporan palsu  sehingga sanggup  membohongi rakyat terdapat juga segelintir pengamal  media yang turut  tidak mempercayai hal itu serta tidak sanggup  menanggung dosa fitnah  terhadap beliau.
Menurutnya,  seorang pekerja kanan Radio  Televisen Malaysia (RTM) pernah bertemu  beliau selepas tamat sebuah  program di Selangor baru-baru ini dengan  menceritakan perihal ini:
"Datuk tak  kenal saya, saya dari RTM dan  saya hendak minta ampun kerana mereka  memfitnah Datuk, saya tak sanggup  tanggung dosa itu dan saya minta maaf  atas segalanya." Saya kata "Minta  ampun dari Allah SWT dan saya sedia  maafkan sekiranya kamu  memperbetulkan setiap kenyataan yang kamu  nyatakan. Saudara Zunar turut  memberitahu dan menunjukkan pesanan  ringkas (SMS) kepada saya bahawa  kenyataan dari seorang pemberita kanan  Utusan Malaysia ada mengatakan  "Sudah keterlaluan dan saya tak sanggup  lagi bersama dengan akhbar  melayu itu dimana saya telah bertugas  selama 30 tahun dan terus-menerus  memfitnah Ketua Pembangkang," kata  Anwar.
Justeru, Anwar menggesa Najib  dan  kepimpinannya kembali ke pangkal jalan supaya rakyat terus  mendapat  pembelaan khususnya didalam soal kemajuan dan pentadbiran  Malaysia yang  saban hari semakin teruk dibandingkan dengan negara lain  di rantau ini.
"Ekonomi semakin  berat. Harga minyak  naik. Harga barang juga naik mendadak sementara  mutu pendidikan jatuh.  Pelaburan kita jatuh. Kalah dengan Thailand dan  Indonesia dan tahun ini  kalah pula dengan Filipina," kata Anwar
"Dulu  di ASEAN, kita nombor satu dari  pertumbuhan ekonomi. Nombor 1 dari  pelaburan Asing. Nombor 1 dari bursa  saham. Harga barang naik.  Pertambahan gaji guru-guru dan pekerja tidak  setimpal dengan kenaikan  harga dan inflasi.Namun semua ini dipadamkan  sementara rasuah  diteruskan dan kes komisyen RM 500 juta kapal selam  didiamkan,"  tambahnya lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
