YB Kesavan Hutan Melintang diarah keluar oleh Ganesan setelah mencatat Tidak Setuju pada kertas dimejanya di sidang DUN Perak pagi tadi yang kecoh akibat Speaker Ganesan yang tidak tahu mengendalikan mesyuarat Dewan Undangan Perak.
TRELLER JELAJAH
Undilah PAS
Tuesday, November 30, 2010
Sepucuk Surat Yang Penuh Harapan Membantah Pembinaan Kilang Besi di Teluk Rubiah, Lumut, Perak.
Sahabat Yang Dihormati,
Dato' Seri IR Haji Mohammad Nizar Jamalludin.
ISU KILANG BIJIH BESI TELUK RUBIAH: ADUAN & HARAPAN RAKYAT DARI DUN PASIR PANJANG
Untuk makluman sahabat, kami di DUN PASIR PANJANG sedang sengsara dan membantah cadangan pembinaan kilang bijih besi di Teluk Rubiah yang telah diluluskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Kami tidak menentang pembangunan untuk perkembangan ekonomi Manjung, malah mengalu-alukan.
Sebagai seorang engineer (IR) yang bertauliah sahabat lebih memahami pengoperasian kilang Vale SA, Brazil tersebut, kami alu-alukan pelaburan 6 billions itu, tapi biarlah bertempat yg sesuai dgn lokasi Industri, bukan di Zon pelancongan yg ditukar kepada Zon Industri.
Rakyat dan Penduduk Manjung difahamkan diawal perancangan, sahabat sendiri tahu hal ini ia akan terlaksana di Kawasan Perindustrian Lumut Port, Kg. Acheh (tapak sedia ada utk industri) dan jika dulu kerajaan PR terbuka mendengar bantahan rakyat namun isu ini kami seolah tidak dipedulikan oleh kerajaan rampasan kini.
Kami mohon sahabat sebagai harapan warga DUN Pasir Panjang dapat bersama dan menyelami permasalahan kami. Kami menaruh harapan yang tinggi kerana jika PR yg memerintah ia akan membuka ruang bantahan yang TELUS dan TERBUKA sepertimana berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Walaupun diherdik dan luahan rakyat pelbagai bentuk suara, namun kerajaan di sana menerima dan mengambilkira yang selama ini tidak pernah berlaku di bawah pemerintahan BN, ia membuka seluas-luasnya bantahan dan pandangan rakyat. Ia suatu pemerintahan yang MERAKYATKAN.
Kami amat berterima kasih kepada sahabat dan kerajaan PR terdahulu kerana membawa pelaburan dari luar negara untuk kemajuan dan kepentingan rakyat, tapi kini kerajaan rampasan meneruskan tanpa merujuk kembali kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar terhadap cadangan lokasinya. Ia akan memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran, alam sekitar, hidupan marin, hidupan hutan, hutan simpan, pusat pelancongan, pusat riadah tempatan, masalah sosial dan terutamanya kesihatan penduduk. Kerana kerakusan manusia terhadap kemewahan duniawi, mereka alpa, lalai dan lebih tragisnya tidak mempedulikannya walau ketahuan.
Sahabat,
MB haram dan kerajaan haramnya kini meluluskan lokasi pelaburan yang dibawa oleh sahabat dengan menidakkan bantahan penduduk yang berada di bawah DUN sahabat sendiri. Jurutera Projek syarikat antarabangsa itu pernah memuji bicara, pemahaman dan kepakaran yang sahabat ada yang lebih mudah memahami operasi mereka yang tidak ada pada MB mahkamah. Justeru, mohon jasabaik sahabat untuk mengetengahkan isu ini kepada piahk-pihak yang berkenaan. Ahli Parlimen Beruas, sahabat kepada sahabat telah membawa misi ini ke Dewan Parlimen, namun hanya jawapan pengesahan kelulusan projek dinyatakan oleh kementerian yang terbabit. Sayangnya Menteri Alam Sekitar mahupun Menteri Pelancongan tidak bangkit untuk pertahankan kesucian Rubiah, dibiarkan berlalu pergi tanpa belas. Siapa lagi yang harus kami harapkan?
Kami percaya sahabat seorang yang terbuka malah sahabat pernah menerima pandangan rakyat seperti kami yang hina ini hanya semata mahukan kebaikan dan kemajuan untuk rakyat yang memilih sahabat sebagai wakilnya. Sahabat menerima dgn hati terbuka dan mempertimbangkan dgn senyuman satu ketika dahulu.
Ternyata sahabat seorang yang boleh diterima semua golongan dan kami mahu sahabat terus berjuang utk rakyat, harapan dan doa rakyat mengiringi perjuangan sahabat. Moga sahabat dapat membantu misi ini dan bersama rakyat agar Rubiah terus kelihatan jelita dan anggun walaupun 'ibu dan bapanya telah lama mati ditelan bencana di tanah ini'.
Selamatkan Nyawa Rubiah.
SAVE TELUK RUBIAH!
Ikhlas dari Sahabat,
-proTeSTeR-
(Team Save Teluk Rubiah)
26.11.2010, Jumaat.
Monday, November 29, 2010
Kain rentang palsu, PAS buat laporan polis
PAS berang kerana sepanduk dan kain rentang yang dipasang di beberapa lokasi mempunyai simbol parti itu, logo kerajaan negeri serta gambar perlumbaan kuda dengan ayat-ayat yang tertera “Kami tak nak wang judi”.
Laporan polis dibuat oleh ketua Pemuda PAS, Kepala Batas, Mohd Hafis Kasim yang diiringi oleh anggotanya dari Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Mereka mendakwa kain rentang itu berunsur fitnah.
Mohd Hafis juga menafikan PAS bertanggungjawab memasang kain rentang itu dan berkata parti itu sebahagian daripada komponen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang serta menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
Katanya, beberapa pihak sejak kebelakangan ini mula gusar dan tidak senang dengan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat yang semakin menambat hati rakyat dengan dasar-dasarnya.
“Ini menjadikan mereka cemburu dan mencetuskan pelbagai macam propaganda,” katanya.
“Kita boleh kesan siapa mereka ini, kami yakin mereka berniat jahat, mereka sekarang seperti cacing kepanasan yang cuba dapatkan simpati daripada rakyat dan akan berbuat apa-apa sahaja bagi tujuan itu,” katanya.
Mohd Hafis merujuk kepada beberapa serangan dan tohman yang dibuat ke atas Lim dan kerajaan negeri. Antaranya menggantikan nama ketua menteri dengan nama Agong semasa khutbah Jumaat serta gambar 'palsu” yang menunjukkan beliau menyembelih lembu untuk upacara korban.
Isu wang haram timbul apabil Umno menuduh kerajaan Pulau Pinang memberi wah ehsan dalam bentuk RM100 kepada warga emas dan RM1,000 untuk belanja pengebumian adalah dari hasil yang dicurigai, termasuk kemungkinan ia datang dari kegiatan perjudian.
Pesuruhjaya PAS, Pulau Pinang, Rosli Hasan, yang juga hadir pada majlis itu berkata kumpulan yang bertanggungjawab memasang sepanduk itu adalah kumpulan yang 'degil dan ketandusan modal politik'.
Katanya, mereka mempunyai peluang berkhidmat dengan baik pada masa lalu tetapi gagal berbuat demikian kerana kepentingan peribadi.
Katanya, mereka mempunyai peluang berkhidmat dengan baik pada masa lalu tetapi gagal berbuat demikian kerana kepentingan peribadi.
“Apabila kita ambil alih Pulau Pinang, kita buat perubahaan yang baik, termasuk membangunkan neheri dan juga menjaga moral rakyat,” katanya.
“Mereka ini tiada maruah, malah mereka sanggup menunjukkan punggung mereka, apa yang sudah terjadi dengan mereka?” soalnya.
Beliau merujuk kepada ketua pembangkang Pulau Pinang yang juga ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang digantung kerana menunjukkan punggungnya di DUN Pulau Pinang.
Beliau merujuk kepada ketua pembangkang Pulau Pinang yang juga ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang digantung kerana menunjukkan punggungnya di DUN Pulau Pinang.
Pesidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat berjalan lancar.
22 Zulhijjah 1431H.
SHAH ALAM, 29 Nov.:Persidangan Menteri Besar Dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat Kali Ke 2 berlangsung di sini pagi ini dan akan berlanjutan dengan agenda yang ketat sehingga malam ini..
Hadir sama dalam Program tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, dan Menteri Besar Perak yang disingkir, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain itu peserta lain ialah dikalangan Exco Kerajaan negeri dan ADUN Pakatan Rakyat.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.
Program dimulai oleh ucapan leh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pulau Pinang dan diterus dengan pembentangan kertas kerja dan akan berlanjutan sehingga jam 5.30 petang dengan diadakan Sidang media.
Persidangan pada hari dilihat penting dan mampu untuk memberi imput-imput yang berguna bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat dalam memaju pembangunan material dan pembagunan Insan di negeri yang masih dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Hadir sama dalam Program tersebut ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak, dan Menteri Besar Perak yang disingkir, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Selain itu peserta lain ialah dikalangan Exco Kerajaan negeri dan ADUN Pakatan Rakyat.
Hadir sama ialah Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali.
Program dimulai oleh ucapan leh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pulau Pinang dan diterus dengan pembentangan kertas kerja dan akan berlanjutan sehingga jam 5.30 petang dengan diadakan Sidang media.
Persidangan pada hari dilihat penting dan mampu untuk memberi imput-imput yang berguna bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat dalam memaju pembangunan material dan pembagunan Insan di negeri yang masih dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Tuesday, November 9, 2010
300 ribu Rela undi pos untuk tawan Selangor?
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan negeri itu melalui taktik undi pos. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota Rela di Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihan raya umum akan datang. PAS, tegasnya memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN. “Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. Justeru, ujarnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihan raya. Baru-baru ini, tambahnya rakyat telah dikejutkan tindakan SPR berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010. Dan lebih mencurigakan, katanya jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). Menurutnya, PAS menganggap itu adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno BN tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini. Justeru, beliau mengharapkan supaya semua jentera pilihan raya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario tersebut. “PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor. “BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno,” ujarnya. |
Monday, November 8, 2010
Pemuda PAS sedia bersemuka dengan Zambry
Harakahdaily |
IPOH, 8 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ingin menarik perhatian Zambry berhubung kenyataan meminta pendirian mereka berikutan dakwaan terhadap perbuatan menteri besar itu yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu. Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri amat berbesar hati atas permintaan Zambry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan beliau kepada Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. “Pihak kami bersedia bersemuka dengan YAB Datuk Seri bagi menjelaskan perkara tersebut,” ujarnya di dalam emel yang dihantar kepada Zambry, hari ini. Oleh yang demikian, katanya pihak Pemuda PAS negeri sedia menerima cabaran Zambry untuk menjelaskan pendirian. Bagaimanapun, tambahnya ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN). Justeru, katanya pihak Pemuda PAS negeri menantikan persetujuan pihak Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya. Beliau menambah, jika Zambry gagal memberikan sebarang respons bermakna menteri besar itu bersetuju dengan dakwaan Pemuda PAS negeri. Bagaimanapun, ujarnya Zambry masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam. |
Subscribe to:
Posts (Atom)