TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, March 23, 2013

KERABAT LUMUT ANJUR MAKAN MALAM

Kepten Bersara TLDM Azizol Rahman sedang menjamah makanan .

Kepten Bersara Azizol menyampaikan sijil Kerabat kepada Sdr. Abd Rahim wakil Taman Samudera

Kepten Azizol selaku Timbalan Presiden Kerabat menyampaikan ucapan

Ust Siddiq Nor  menjadi tetamu dalam majlis tersebut

Perlancaran Sukarelawan Keselamatan PRU 13

Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Kerabat Lumut
22 Mac 2013, bertempat di PASTI Al Huda Taman Samudera, Rangkaian Kebajikan Angkatan Tentera atau KERABAT kawasan Lumut telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kerabat bagi mengumpul ahli-ahlinya  dan dana bagi menjalankan aktiviti di peringkat kawasan. Tetamu istemewa pada malam tersebut ialah Timbalan Presiden Kerabat; Kepten Bersara TLDM Azizol Rahman M. Zaman yang datang berkunjung dari Bayan Lepas, Pulau Pinang semata-mata menemui rakan-rakan lamanya yang mengenalinya sebagai pegawai kanan TLDM suatu masa dahulu.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan  oleh Pengerusi Kerabat kawasan Lumut saudara Hamidun Ahmad. Dalam ucapan alu-aluan nya, beliau menyarankan agar ahli-ahli kerabat mengambil peluang melalui kerabat memberi pandangan agar kebajikan bekas anggota tentera diberi perhatian oleh kerajaan tanpa memaksa berpihak kepada mana2 parti. Dengan wujudnya Kerabat, parti pemerintah UMNO BN tidaklah sewenang-wenang membuat sesuatu tanpa mengambil kira pandangan bekas anggota tentera.

Kepten bersara TLDM Azizol telah diberi peluang melancarkan Sukarelawan Keselamatan bagi tujuan membantu petugas pilhanraya dalam PRU 13 nanti. Beliau juga telah menyampaikan sijil keahlian kerabat kepada ahli-ahli yang mendaftar. Sijil diterima oleh sdr Rahim dari Taman Samudera. Dalam majlis tersebut Kepten Azizol telah menyampaikan ucapoan yang penuh dengan nasihat dan muhasabah diri agar bekas tentera tidak leka dengan kehidupan yang sementara.

Tetamu yang lain yang turut berucap ialah Ustaz Siddiq Nor, Dewan Ulamak Pas Perak dan Ustaz Zainal Abidin Saad; Bekas anggota KAGAT.

No comments:

Post a Comment