Pada Khamis lepas, Kulasegaran mendakwa kononnya Tajuddin mengancam untuk memukul beliau di lobi Parlimen kerana menyifatkan Anggota Parlimen DAP itu mencemarkan nama beliau.
Namun Tajuddin ketika diminta mengulas dakwaan itu mempertikaikan tindakan Kulasegaran yang menggunakan laman blog untuk membuat fitnah dan mencerca beliau.
Selepas sesi soal jawab pagi ini, Pandikar Amin berkata bahawa semasa pertemuan tersebut, beliau memberikan pandangan kepada kedua-dua Anggota Parlimen supaya bertindak dengan mengambil kira integriti Parlimen. - Bernama
No comments:
Post a Comment