TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, January 14, 2010

Surau Fasa 3C Seri Manjung Berjaya anjurkan Kursus Pengurusan Jenazah



Tanggal 8 dan 9 Januari 2010, Surau Nahdatul Syifa, Fasa 3C, Seri Manjung telah berjaya menganjurkan kursus Pengurusan Jenazah kali pertama, untuk warga taman perumahan tersebut. Ia disertai oleh kira-kira 83 orang muslimin dan muslimat. Mereka telah menjemput dua orang tenaga pengajar dari Kor Agama TLDM yang sangat berpengalaman di bidang tersebut iaitu Ustaz Haji Mohamad Amin dan Ustazah Rozita. Para peserta yang kebanyakkannya terdiri dari anggota tentera yang tinggal di kawasan tersebut, sangat berpuas hati dengan kursus yang diadakan. Ada di kalangan mereka menjadi pelakon untuk dimandi dan dikapankan oleh para peserta yang lain.Upacara penutup kursus dua hari itu telah disempurnakan oleh Laksamana Haji Imran, aktivis masyarakat yang juga seorang pegawai kanan TLDM. Beliau sendiri dalam ucapannya menyatakan yang beliau sendiri tidak berani untuk melakukan secara praktikal mengenai urusan ini, walaupun beliau mempunyai sejarah sebelum  ini, kematian empat orang anaknya sekaligus, akibat kemalangan jalanraya suatu beberapa dahulu. Diakhir majlis para peserta telah diberi sijil menghadiri kursus yang telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang.

No comments:

Post a Comment