Hakim tersebut bersetuju dengan afidavit responden bahawa perlantikan Ketua-ketua Kampung oleh Kerajaan PR seluruh Perak adalah perlantikan politik. Oleh yang demikian, apabila berlaku peralihan kuasa politik maka responden telah menggunakan budi bicara yang betul dan munasabah didalam menamatkan perkhidmatan pemohon sebagai ketua kampong
“Kenapa baru hari ini mahkamah menolak tuntutan kami dan tidak pada peringkat awal lagi?” tanya beliau yang sangat tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut.
Menurut Mohd Ridzuan, ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin bukan perlantikan politik sebagaimana yang dipersetujui oleh hakim tersebut.
“Hakim telah membakul sampahkan segala jawapan afidavit kami dan secara bulat-bulat hanya menerima pakai afidavit responden sahaja,” jelas Mohd Ridzuan.
Bacaan doa kesejahteraan ketua-ketua kampong
diketuai Ust Norazli Musa“Sebagai bukti yang jelas bahawa perlantikan kami bukan perlantikan politik ialah , kami dilantik melalui sistem pemilihan yang lakukan dan dipantau oleh Pejabat Daerah,” katanya.“Malah terdapat beberapa orang ketua kampong dari kalangan orang Umno sendiri yang dilantik melalui cara tersebut,” jelasnya lagi.
catitan : Pada 22 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Ipoh bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.
Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat. / end
No comments:
Post a Comment