
Pada 12 November yang lalu, hari Jumaat, Dato' Seri melawat kawasan ADUN nya di Pasir Panjang. Beliau disambut mesra oleh penduduk Kampong Sungai Wangi, dimana beliau mendirikan solat jumaat dan mengimamkannya di masjid Kampong Sungai Wangi.
Selesai solat para jemaah sempat bersalam-salam dengan wakil rakyat yang sudah dikenali ini. kemudiannya beliau dijemput ke majlis makan tengahari di perkarangan rumah Pak Husin, seorang pengusaha kilang bahulu yang terkenal di kampong Sungai Wangi.
PAS Kampong Sungai Wangi telah mengambil kesempatan dengan kehadiran Dato' Seri Nizar untuk melancarkan Tabung Pembinaan Markas PAS Cawangan. Di majlis yang sama satu majlis dailog mengenai perkara-perkara semasa telah diadakan selepas Dato' Seri Nizar memberi ucapan.
Selepas itu, beberapa penduduk kampong Deralik yang miskin dan uzur telah menerima sedikit bantuan berupa barangan kering keperluan dapor. yang disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Nizar.
Diakhir lawatannya, Dato' Seri Nizar menghadiri satu jamuan teh di kampong batu 14, Lekir dan disambut mesra oleh penduduk kampong dan sempat menyampaikan ucapannya, berkisar tentang keadaan negeri Perak masa kini.
Walaupun beliau dan rakan-rakannya sebagai wakil rakyat yang sah tetapi mereka telah dihalang dari menghadiri sidang DUN oleh pihak Polis yang mengawal bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari tersebut. Suasana sidang yang provokatif dan terancang memaksa 2 sidang DUN dijalankan dalam satu dewan. Barisan Nasional telah membentang dan meluluskan Budget 2010 dalam jangkamasa 20 minit tanpa dibahaskan. Inilah satu sidang budget yang sangat pendek danb mengelirukan.

No comments:
Post a Comment