TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Sunday, March 13, 2011

SEPETANG BERSAMA BOB LOKMAN & RADZI MELISSA Di MANJUNG


04.03.2011, Kedai Kak Ros, Kg. Permatang, Pasir Panjang. Sdr Bob Lokman & Ustaz Radzi Melissa berkongsi pengalaman dalam melaksanakan PERUBAHAN, pandangan dari seorang bekas selebriti yang berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sebelum ini.

Ucapan Ringkas Sdr Bob Lokman


Ucapan Ringkas Ustaz Radzi Melissa.

*Siri Program Di DUN DS Nizar anujuran Pemuda PAS Fasa 1A, Seri Manjung dengan kerjasama PAS Lumut, Muslimat & SRAR At-Ta'lim.
Sahabat Lama bertemu di DUN Dato' Seri Nizar.

P

Sejarah telah membuktikan apabila pemimpin PAS diberi amanah...suara mereka di dewan tidak di sia-siakan...

Dalam buku Memoir Khatijah Sidek, bekas Ketua Wanita Umno yang juga ahli parlimen wanita PAS yang pertama pada thuan 1959 (mewakili Parlimen Dungun) Khatijah menyebut:
Kami (ahli-ahli parlimen PAS) tidak setuju menggunakan wang Loteri Kebajikan Masyarakat untuk membaiki atau membangun masjid tapi wang tersebutlah yang banyak dicurahkan kepada pembangunan masjid (oleh kerajaan Persekutuan yang dikuasai Umno). Kami tidak mahu menggunakan wang ini kerana puncanya tidak bersih. Wang ini dikutip dari perjudian, satu perbuatan haram dan bertentangan dengan Islam tapi kerajaan tak peduli semua itu.

Thursday, March 10, 2011

Mohd Hakim @Bob Lokman dan Bekas Vokalis Kumpulan Rock Melissa datang ke Seri Manjung dengan berwajah baru.

Mohd Hakim@ Bob Lokman sedangkan menyampaikan ucapan dan motivasinya kepada para pelajar di Sekolah At Taalim sempena lawatannya ke Daerah Manjung.
Pelajar-pelajar perempuan sangat teruja dengan kehadiran selebriti terkenal ke sekolah mereka.
Pelajar pelajar sekolah At Taalim.
Bob Lokman menceritakan pengalaman hidupnya sebagai selebriti.
Ustaz Radzi atau lebih dikenali dengan nama Radzi Melissa.

Seri Manjung - 4 Mac  2011,Dua bekas selebriti hiburan terkenal tanahair telah berada di Seri Manjung untuk menyampaikan mesej dakwahnya melalui ucapan dan penceritaan pengalaman kehidupan semasa menjadi artis dan selebriti. Mereka ialah Saudara Mohd Hakim @Bob Lokman seorang penulis lirik dan juga juri jemputan juara lawak Astro, bersama Saudara Mohd Radzi Abdul Hamid vokalis kumpulan Rock Melissa yang terkenal dengan lagu untuk Nabila di tahun 80an.

Bob Lokman yang telah berjaya mencipta nama sebagai pencipta lirik lagu Issabela nyanyian Amy dari kumpulan Search telah diundang untuk menceritakan tentang pengalaman hidupnya didunia hiburan yang glamour kepada peminatnya di Seri Manjung. Sifatnya yang suka melawak dan bersahaja membuatkan para peminatnya sangat mesra dan suka bertemu dengannya.

Beliau telah meninggalkan dunia glamournya kerana hendak menumpukan perhatian kepada pembentukan sakhsiah keluarga yang dirasakannya terabai sekian lama. Pada pandangannya sistem yang ada dalam negara ini tidak mengambil kira amal Islam walaupun anak-anaknya dididik dengan sistem Islam, namun setelah menamatkan pengajian mereka, ilmu yang diperolehi terabai akibat sistem yang ada tidak mengizinkan untuk diamalkan.

Seorang lagi artis yang dijemput ialah Ustaz Radzi Abdul Hamid vokalis kumpulan rock Melissa. Sekarang beliau menjadi imam di Masjid Zahir Alor Setar. Berkat doa ibu bapanya beliau telah meninggalkan dunia rock. Beliau yang terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabilla kini telah berjubah dan berserban yang langsung tidak menampakkan, yang beliau suatu ketika dahulu berambut panjang, berseluar jeans tampung dan sebagai penyanyi rock.

Perubahan kedua-dua atis ini membolehkan anak-anak muda masa kini mencontohi mereka. Yang merobahnya ialah Allah dan kita bersedia untuk berubah.

Thursday, March 3, 2011

Alasan Palsu SPR Mengenai Pertambahan Undi Pos Yang Naik Mendadak


Undi pos: SPR percaya naik kerana kesedaran, Bersih 2.0 mahu semakan

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Pertambahan bilangan pengundi pos di Perak adalah ekoran peningkatan kesedaran hak mengundi termasuk di kalangan mereka yang berkahwin dengan anggota pasukan keselamatan, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sambil menolak kesangsian mengenai jumlah pengundi pos.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai termasuk mereka mendirikan rumah tangga dengan anggota polis dan tentera kini tahu tentang hak mereka bahawa boleh menjadi pengundi tidak hadir, yang memberikan mereka hak untuk mengundi menerusi sistem undi pos.

“Saya percaya jika ada peningkatan jumlah pengundi pos sebagaimana didakwa, isteri anggota tentera dan polis memutuskan untuk mendaftar bersama suami mereka. Ini satu kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Ahmad diminta mengulas dakwaan peningkatan pengundi pos, perkembangan yang dilihat untuk memperkukuhkan kedudukan Barisan Nasional (BN) di negeri itu menjelang pilihan raya umum ke—13.

Mengambil kira angka peringkat nasional, menurut beliau, pengundi pos di kalangan anggota tentera dianggarkan seramai 134,000 di kalangan tentera dan 80,000 lagi membabitkan polis.

Pengundi pos kalangan pasukan keselamatan lazimnya dianggap sebagai ‘bank undi’ bagi BN dan memihak kepada perikatan tersebut.

Wan Ahmad menambah, beliau tidak pasti dengan angka sebenar pengundi pos di Perak dan perlu mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak sebelum boleh mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan itu.

BN kehilangan kerajaan negeri Perak pada 8 Mac 2008, tetapi memperoleh kembali 11 bulan kemudian apabila tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.

Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak pengundi pos seramai 5,669 dan 1,102 orang masing-masing bagi kerusi DUN Pangkor dan Kamunting.

Adun PKR Perak Chan Ming Kai berkata, meskipun Pangkor yang dimenangi oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir — mengalami peningkatan lebih 5,000 pengundi, kawasan Parlimen Lumut, yang merangkui DUN Pangkor, dimenangi oleh Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA, dimenangi dengan majoriti tipis 298 undi daripada 55,930 pengundi di bahagian tersebut.

DUN Kamunting pula dimenangi oleh Mohamad Zahir Abdul Khalid dari Umno dengan kelebihan 555 undi.

Sehubungan itu, parti tersebut menggesa SPR meneliti peningakatan secara ketara jumlah pengundi pos di kawasan tersebut.

SPR akan mengadakan mesyuarat bulanannya hari ini dan dijangka mengeluarkan daftar pemilih terbaru bagi tahun 2010.

Dengan merujuk kepada undang-undang pilihan raya, Wan Ahmad berkata, anggota tentera dan polis secara automatik menjadi pengundi pos dan pasangan mereka juga mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Katanya, di Perak ada ramai anggota tentera termasuk pangkalan tentera laut di Lumut.

“Mereka diberikan pilihan. Mereka boleh memilih sama ada mahu jadi pengundi biasa atau daftar sebagai pengundi tidak hadir, sekali gus mengundi secara pos, selagi mereka memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun pertubuhan bagi pilihan raya bersih dan bersih Bersih 2.0 mencabar pandangan itu.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Wan Ahmad,” kata Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan kepada The Malaysian Insider.

Sebagaimana dibangkitkan oleh PKR, kata beliau, pihaknya juga mahu SPR menggunakan budi bicara dalam mendaftar permohonan memandangkan keseluruhan proses terdedah kepada salah guna.

“Ia bertentangan dengan semangat pengundian secara pos,” katanya lagi.

Wan Ahmad berkata SPR tiada kuasa untuk menolak pendaftaran sebarang permohonan selagi ia memenuhi kriteria yang diperuntukkan.

“Jika seseorang layak di bawah syarat, kami tidak menolak. Tugas kami ialah memastikan tidak ada pertindihan pengundi bagi mengelakkan penipuan,” katanya. -TMI

Saman Ekor : Ketahui Hak Anda

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.


Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman