TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Friday, October 29, 2010

Hutang Negara, Setiap Rakyat Menanggung RM14 000.


Parti Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.

PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah. Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.

Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini. Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti. Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
 Persoalannya apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong yang masih ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, October 26, 2010

PRK DUN Galas : Hanya calon BN, PAS kemuka kertas pencalonan

GUA MUSANG: Hanya calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Yusof, 47, dan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad, 44, tampil mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebelum tempoh penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi.

Berikutan itu, pilihan raya kecil pada 4 November depan bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS jika tiada kertas pencalonan ditolak dalam tempoh bantahan selama sejam yang akan berakhir pada 11 pagi ini.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS merampas kerusi DUN Galas dengan majoriti kecil 646 ndi apabila calonnya, Chek Hashim Sulaima mengalahkan penyandang dan calon BN, Mohamad Saufi Deraman.


DUN Galas adalah satu daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Gua Musang, Kelantan, selain Nenggiri dan Paloh.

Ahli Parlimen Gua Musang ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Friday, October 22, 2010

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

Mohd Nor Yahya   
GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.
“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.
Hadir sama pada majlis tersebut, semua pimpinan utama PAS Pusat termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa. Turut serta ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.
Biodata Zulkefli:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli  dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.

Wednesday, October 20, 2010

Siswa UKM sertai raptai perhimpunan Umno?

Dua mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didakwa turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober lalu.

Kumpulan yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa Mahasiswa Sedar (KEMAS) mendakwa ia dapat mengecam kedua-dua mahasiswa UKM itu di dalam foto yang disiarkan akhbar Berita Harian pada hari berikutnya.

Perasmian perhimpunan agung Umno tahun ini akan disempurnakan oleh Presiden Umnno, Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC esok.

KEMAS mendakwa mahasiswa terbabit adalah daripada Fakulti Pengajian Islam dan Fakulti Kejuruteraan UKM.

"Kehadiran mereka ini juga berkaitan rapat dengan pernglibatan pentadbiran universiti dengan parti Umno," kata jurucakap KEMAS, Fathi Hisham (dua dari kiri) yang membaca satu kenyataan hari ini.

Katanya, KEMAS juga yakin penglibatan mahasiswa UKM dalam perhimpunan agung Umno kali ini melebihi dua orang.

Fathi yang juga pelajar tahun dua Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan berkata gambar tersebut menunjukkan mahasiswa terlibat memakai baju Melayu Putih, bersongkok dan bersampin yang mempunyai logo Umno.

Kejadian itu, katanya, adalah sama sepertimana kes mahasiswa yang telah dikenakan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) - Saudara Soh Sok Hua - yang dihukum kerana gambarnya tersiar di akhbar dengan memakai pakaian yang mempunyai logo parti politik beberapa tahun lalu.

Sementara itu, setiausaha KEMAS Syamir Zulkefli (Foto atas: yang pegang mikrofon) - dalam kenyataannya - menggesa pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti berkenaan supaya segera menyiasat perkara ini mengikut undang-undang dan prosedur seharusnya.

Beliau juga mendesak agar Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin supaya menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat penglibatan pentadbiran universiti dan mahasiswa dalam perhimpunan agung Umno itu.

Sementara dalam sidang media selepas itu, Fathi berkata pihaknya mendapat maklumat berhubung perkara tersebut melalui sumber yang dipercayainya.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti dan jumlah individu sebenar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

"Mungkin satu pasukan diarahkan (menyertai perhimpunan)....Saya tidak mahu menyatakan (jumlahnya) pada hari ini," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini telah cuba menghubungi ketua penolong pendaftar kanan hal ehwal pelajar UKM, Musa Zainal Abidin Othman.

Bagaimanpun, Malaysiakini dimaklumkan oleh pejabatnya bahawa beliau sedang menghadiri bengkel di Sabah dan dijadualkan pulang esok. -M'kini

Zakat Lembaga Air Perak (LAP) Kurang: Zambry Gagal


Cara Bagaimana Anak-anak anda  Boleh Meningkatkan Gred D ke A+
Katalog 25 Gajet Elekronik Berteknologi Rahsia



Oleh Salman Haji Saleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pencapaian Lembaga Air Negeri Perak (LAP) yang di bawah pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan hanya  menyumbangkan pengeluaran zakat pada tahun 2009 dengan kadar hanya RM3,392,647  sahaja adalah rendah dan berbeza semasa Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikannya pada tahun 2008 dahulu.

Pada tahun 2008, LAP mengeluarkan bayaran zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) ketika itu ialah sebanyak RM3.7 Juta. Perbezaan ketara tersebut jelas menunjukan kegagalan Datuk Seri Zambry mengendalikan LAP. Di manakah punca sebenarnya kemerosotan tersebut, ini kerana dakwaan yang mengatakan perkembangan ekonomi di Negeri Perak jelas tidak menggambarkan kedudukan sebenarnya.
 
DPPN Pk bimbang di masa akan datang zakat yang akan dikeluarkan oleh LAP akan terus merosot  termasuk kebajikan kepada kakitangannya. Inilah perkara yang menjadi kayu ukur kemampuan dan kelangsungan pentadbiran yang cekap dan berdaya saing  tinggi yang pernah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar sebelum ini. DPPN Pk yakin peningkatan dan kemampuan LAP di dalam memperolehi keuntungan yang tinggi sebenarnya dapat dikembalikan jika urus tadbir yang mempunyai konsep kebajikan  diamalkan.
 
 
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.