TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, March 1, 2010

Pemegang saham arak perlu dihukum - Dr Mohd Asri


KUALA LUMPUR : Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukuman sebatan ke atas peminum arak bersifat berat kerana taukeh-taukeh arak dan pemegang saham arak dalam industri itu tidak dihukum sama.

"Hukuman bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu kelihatan adil kerana masyarakat akan memandang serong terhadap setiap hukuman yang hanya menghukum 'ikan bilis', lalu membiarkan 'ikan jerung'.

"Maka, bukan sahaja peminum arak patut dihukum, tetapi taukeh-taukeh atau mereka yang terlibat dalam pengedaran arak dalam kalangan umat Islam patut di bawa ke pengadilan.

"Ini termasuklah individu Muslim yang memegang saham-saham arak dalam negara ini. Tuan punya pusat-pusat hiburan yang menggalakkan aktiviti tidak bermoral ini mestilah dibawa ke pengadilan," tambah beliau lagi.

Dr Mohd Asri berkata demikian menerusi laman sesawang rasminya, drmaza.com ketika mengulas hukuman sebat ke atas kaum wanita di penjara Kajang baru-baru ini.

Pihak berkuasa agama mesti berani bertindak ke atas pemegang saham arak, judi

Maka, tambahnya, pihak berkuasa agama hendaklah jujur dengan rakyat, dan berani membawa empunya, atau pemegang-pemegang saham arak dan judi yang membabitkan individu Muslim sekali pun mereka adalah dalam 'kelompok yang dianggap kebal' dalam negara ini.

Selain itu, ketika menyentuh polemik orang-ramai ke atas pelaksanaan hukum tersebut, Dr Mohd Asri berkata, beberapa buah NGO yang telah mengkritik hal itu mestilah berhati-hati dengan kenyataan mereka.

"Jika mereka Muslim, mereka hendaklah memastikan dalam diri mereka; apakah mereka membantah hukuman Islam yang asal, atau perlaksanaan semasa? Jika mereka membantah hukuman asal, maka itu memberi implikasi akidah mereka.

"Jika mereka bantah pelaksanaan hukuman semasa, mereka hendaklah tumpu kepada proses perlaksanaan semasa sahaja, jangan dipertikai hukuman Islam asal yang adil yang ada dalam al-Quran dan al-Sunnah.

"Begitu juga bukan Muslim, jangan pertikaikan al-Quran dan nabi orang Islam, itu boleh menimbulkan ketegangan dan huru-hara dalam negara yang harmoni ini," kata beliau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengulas mengenai hukuman sebat yang dikenakan oleh pihak berkuasa agama ke atas beberapa wanita Muslimah. Isu itu mengundang pelbagai polemik dan kekeliruan dalam beberapa aspek tertentu.

Ketika menjelaskan isu sebatan terhadap wanita Muslimah itu, Dr Mohd Asri berkata, sebatan hukuman syariah dalam kes-kes maksiat peribadi seperti zina dan meminum arak, hukuman sebatannya mestilah tidak mencederakan mereka.

"Ini hendaklah dibuat dalam keadaan yang tidak bertujuan memberikan kesakitan yang melampau, sebaliknya sekadar pengajaran. Bahkan dalam hadis, ada yang hanya dipukul dengan kain atau tangan sahaja," tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika menyentuh pelaksanaan hukuman syariah Islam yang keras, beliau berkata, negara antokratik agama akan mengundang ketakutan ke atas masyarakat awam jika pelaksanaan hukuman disalahertikan dan disalahgunakan.

"Beberapa pengalaman di Pakistan dan di Afghanistan sebelum ini patut diteliti. Maka, badan pemantau kepada perkembangan ini yang terdiri daripada cendekiawan-cendekiawan Muslim yang terbuka dan tidak bersifat ortodoks perlu diwujudkan untuk memberi maklum balas terhadap kerajaan," tambah beliau lagi.

KEADAAN KEWANGAN NEGARA MAKIN PARAH

Kerajaan Najib Alami Masalah Kewangan Serius

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan kritikal dimana Kementerian dan agensi kerajaan kini telah diarah untuk melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Sebelum ini Kerajaan mengarahkan agar semua Pejabat kerajaan mematikan lampu dan semua peralatan elektrik diwaktu rehat sebagai langkah penjimatan bil elektrik. Kemudian Kerajaan membuat dasar mengurangkan aktiviti latihan, peperiksaan dan mengarahkan Kementerian serta Jabatan agar tidak membuat begitu banyak program di Hotel-hotel. Walaubagaimana pun arahan ini tidak semua dipatuhi. Langkah terbaru Kerajaan cuba membekukan aktiviti latihan dibeberapa jabatan.

Tahun lepas sahaja, 1 juta kakitangan awam kecewa kerana Kerajaan sudah tidak mampu membayar bonus dan Najib mengantikannya dengan wang saguhati RM 500 yang dibayar secara ansuran oleh kerajaan.

Kerajaan juga didapati telah mengeluarkan arahan tidak rasmi dibeberapa Kementerian untuk tidak memberikan bayaran berbentuk wang kepada kakitangan yang bekerja lebih masa. Pada waktu ini Kerajaan hanya membenarkan kakitangannya untuk mendapat cuti gantian memandangkan budget pengurusan telah dikurangkan.

Kerajaan turut membuat dasar mengurangkan pengambilan baru untuk kakitangan sokongan dan Profesional serta melanjutkan tempoh perkhidmatan pegawai yang sepatutnya pencen melalui skim kontrak selama 2 atau tiga tahun.

Semua kakitangan kontrak pula dijangka akan ditamatkan kontrak bermula pada bulan Mac hingga Jun ini

PAS melihat bahawa negara bakal mengalami peningkatan kadar pengangguran yang tinggi menjelang bulan Mac ini ekoran begitu ramai kakitangan kontrak Kerajaan ditamatkan kontrak.

PAS menyarankan agar kerajaan memberikan peluang kepada Kakitangan Kontrak yang ditamatkan ini untuk menyertai GLC milik Kerajaan dan meminta syarikat-syarikat GLC ini agar mengurangkan pengambilan pekerja asing. PAS mendesak agar jumlah kemasukan pekerja asing dikurangkan disemua sektor sebelum akhir 2010.

PAS juga mahu Kerajaan menumpukan perbelanjaan mengurusan dan dalam masa yang sama mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Projek pembangunan yang tidak perlu atau tidak mendesak wajar dibekukan pada masa ini.

Beberapa program ekonomi baru perlu diwujudkan, tetapi PAS menolak cadangan Kerajaan yang mahu memperkenalkan GST, kerana ianya tidak releven dengan keadaan ekonomi rakyat pada masa ini. Pada waktu inflasi sebegini, bantuan Kerajaan amat diperlukan tetapi jika kerajaan menaikkan cukai atau meluaskan pakej cukainya maka peningkatan harga barangan pengguna dipasaran tidak boleh dihalang. Tindakan kerajaan menarik beberapa subsidi dalam keadaan sekarang juga dilihat tidak bijak, kerana ianya tidak memberikan manfaat mutlak kepada pengeluar dan pengguna.

PAS juga hairan, kenapa Najib mengurangkan tumpuan kepada program-program pertanian yang sebelumnya diusahakan di zaman Pak Lah, tetapi lebih sibuk mengejar usaha rundingan FTA dengan negara luar khususnya Amerika. Untuk rundingan dengan Amerika sejak empat tahun yang lalu, negara telah belanjakan lebih sejuta wang rakyat, sedangkan belum ada apa-apa perjanjian yang berjaya dimeterai.

PAS berharap agar sebarang rundingan FTA dengan negara luar dibekukan buat sementara waktu memandangkan penguatkuasaan dalam negara pada masa ini terlalu lemah hingga menyebabkan negara menjadi pusat lambakan barangan dari negara China yang mengambil peluang dari perjanjian FTA-China ASEAN.

Negara akan bankrap jika Kerajaan yang dipimpin Najib gagal untuk membangunkan sumber-sumber kewangan baru dan merancang perbelanjaan kerajaan secara bijak.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



1Malaysia!!!!Rakyat DiDungukan!!!!!Pencapaian DiSemakkan!!!

Tahniah Wardina ...!!!!

NAMA pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyyah tiba-tiba meledak gara-gara kelantangannya bersuara mengkritik senario yang berlaku dalam industri hiburan. Selepas itu, muncul pula isu dia berjumpa dengan orang kuat parti pembangkang. Rentetan dua peristiwa itu menjadikan nama Wardina panas. Lagi di Kosmo! Online.

Setakat ni tidak ada artis wanita yang berani macam Wardina ni. Kalau dulu ada Siti Nurhaliza pi jumpa TGNA, tu pun cover balik tak mengaku. Apa-apa pun tahniah kepada Wardina. Semoga Wardina menjadi contoh teladan yang baik kepada artis-artis wanita yang lain yang masih tak sedor-sedor diri lagi tu.



Allah SWT Berfirman:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" (QS Al Ahzab : 21)

WAllahua'alam ....

Pilihanraya mengejut di Perak?

Love Perak   
Melihat aktiviti BN di Bukit Gantang ,kelihatannya PRU Negeri Perak semakin hampir.UMNO atau Gerakan-MCA-MIC sudah mula bekerja dan bertemu masyarakat.

Contohnya yang terbaru apabila Zambry berada di Kubu Kuat Pas Bukit Gantang pada Jumaat 26 Februari membawa bersama janji pembangunan.

Begitu juga apabila kita ke Pulau Pasir Hitam bersama DS Nizar pada 17 Februari ,kita bertembung dengan YB Ong Ka Chuan,Ketua MCA Perak.Peti Undi di sini agak unik,PRK baru-baru ini,BN mendapat 56 undi dan DS Nizar mendapat 56 undi.

Kita juga melihat kelibat YB Tan Lian Hoe,bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang di SJKC Sin Min,Simpang.Baru-baru ini dikatakan pula YB Rosli Husein beri angpau untuk pelajar SJKC Sin Min.

Murugiah juga sudah kelihatan bergerak bersama Kelab Penyokong BN.Kampung beliau dekat Termelok Trong.

LKIM juga sudah memberi bantuan sara hidup RM200.00 untuk nelayan Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tercicir juga dijanjikan akan diberi bayaran pada bulan Mac ini.

UMNO Bukit Gantang pula sudah menunjukkan mereka Islamik dengan mengadakan perarakan MaulidurRasul dari Kampung Banggol Pasir(kampung YB Rosli) ke Pekan Changkat Jering.Budak sekolah diangkut dengan bas.

Para guru disuruh Guru Besar dan Pengetua untuk turut beri kerjasama.Rosli politik sungguh. Dikatakan oleh satu sumber UMNO ambil nama sekolah yang engkar dan guru yang tidak mahu bawa pelajar!

Bulan September sesuai kerana 50000 pengundi baru berjaya dibawa masuk di Perak.Dengan proses bantahan dan suku kedua daftar pemilih selesai ,pengundi baru ini orang harapan BN.

Tumpahan minyak di Sematang@ Pasir Panjang


Sebelum watergate...


Pagi jumaat, ketika blogger Hablumminnas berkunjung ke sana untuk membeli ikan, terhidu bau minyak diesel yg amat kuat sekali. Keadaan air yg begitu gelap, kotor amat dikesali. Mengikut seorang pakcik yg ditemubual, minyak ini datang dari kilang yg berdekatan kerana kesan minyak ini stelah hadir ebelum dari watergate@kunci air. Beliau ujar berkata, hal ini sudah berulang kali berlaku tetapi seperti biasa tiada tindakan yg diambil.

Selepas watergate...

Semoga pihak yg berkenaan dpt mengambil tindakan tegas utk menangani hal ini kerana alam sekitar yg tercemar akan merosakkan alam dan ikan2 dilaut. 
Dipetik dari blog Hamblumminannas