TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, September 26, 2012

Lihatlah "Kami Terpinggir, Kami Tertinggal"

Keadaan rumah yang ditenggelami air akibat hujan lebat.
Sistem perparitan yang dibuat dengan eluk
Penghuni rumah terpaksa berada diluar rumah mereka setiap kali hujan
Banjir kilat akan berlaku setiap kali hujan
Air yang bertakung merimaskan penduduk
Apakah tindakan berwajib untuk menyelesaikan masalah ini???
Rumah cantik begini pun ditenggelami air.
Peralatan dan perkakas rumah rosak
Air mencecah paraa lutut
Parit dan sistem saliran yang tidak dicuci
Apalah malang nasib kami " Kami Terpinggir, kami Tertinggal"
Beginilah sistem saliran atau longkang di sini
Gelung yang sedia ada terlalu kecil saiznya tidak dapat menampung jumlah air yang banyak
Gelung saiz kecil ini juga memperlahankan perjalanan air untuk keluar
Parit dan longkang tersumbat oleh sampah sarap
Kelihatan air tidak bergerak
Parit dan gelung kecil saiznya


26 Sep 2012, Kira-kira 20 buah rumah di Kampung Padang Tembak, Teluk Muruh, Lumut telah ditenggelami air yang menyebabkan banjir kilat, akibat hujan yang turun sejak jam 3.00 pagi lagi. Keadaan hujan yang tidak henti-henti merisaukan penduduk di sini yang memungkin mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk mereka menguruskan kehidupan harian mereka dengan selesa. Keadaan banjir sebegini memang kerap berlaku jika hujan turun secara berterusan.

Penduduk di sini telah pun membuat aduan tentang masalah mereka kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor merangkap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Dato' Kong Cho Ha selaku Ahli Parlimen Lumut yang juga Menteri Pengangkutan Jalan. Namun tidak nampak tindakan telah diambil oleh merekauntuk membaiki sistem saliran di kawasan terbabit. Parit atau longkang yang ada disitu kelihatan tidak dicuci atau dibersihkan untuk melancarkan perjalanan air. Gelung longkang dengan saiz yang kecil tidak menampung jumlah air yang banyak yang bertakung di kawasan banjir tersebut.

Encik Mohamad bin Abdullah  salah seorang penduduk, yang menyewa rumah di kawasan terbabit sangat kecewa dengan aduan yang dibuat olehnya yang tidak diambil perhatian oleh pihak yang berwajib  terutama wakil rakyat mereka. Telah beberapa kali aduan dibuat olehnya, namun mereka sekadar datang menjenguk dan kemudian tiada kelihatan apa-apa perubahan yang dibuat oleh mereka. Beliau sangat berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dengan mendalamkan longkang atau parit dengan membina longkang konkrit yang besar saiznya yang boleh menampung jumlah air yang banyak jika hujan lebat berterusan.

Thursday, August 16, 2012

Sekolah At Taalim bawa Anak yatim Shopping Baju Raya



Seronoknya anak-anak yatim ini dapat berpakaian baju baru. Seramai 40 orang anak-anak yatim yang belajar di Sekolah Rendah dan Menengah Islam At Taalim Seri Manjung di bawa oleh guru-guru mereka untuk shopping atau membeli belah di Pasaraya dengan memilih pakaian mereka sendiri untuk digunakan pada hari raya. Masing-masing mendapat sepasang baju raya dan kasut sebagaimana rakan-rakan mereka yang lain yang masih mempunyai kedua-dua ibu bapa untuk membeli pakaian untuk berhari raya.
Sekolah Rendah dan Menengah At Taalim seri Manjung, sangat perihatin terhadap pelajar-pelajarnya khususnya anak-anak yatim yang kehilangan ibu atau bapa untuk menyara kehidupan mereka. Pihak pengurusan sekolah bermurah hati untuk mengeluarkan sedikit sumbangan untuk anak-anak ini shopping membeli pakaian hari raya mereka. Semoga mereka tidak tersisih, dan dapat berhari raya sebagaimana rakan-rakan mereka yang lain.

Tuesday, August 14, 2012

Tazkirah Ramadhan oleh Dato' Seri Nizar

Tazkirah disampaikan Dato' Seri Nizar di rumah Pak Lebor di Batu 7, Lekir.
khusyuk
mendengar tazkirah sebelum berbuka puasa
Dato'Seri Nizar bergambar dengan tuan rumah serta penduduk Kg Tersusun Batu 7, Lekir.


Sementara menunggu waktu berbuka, Dato' Seri Nizar berkesempatan menyampaikan Tazkirah Ramadhan di rumah salah seorang penduduk di Kampung Tersusun Batu 7, Lekir dalam kawasan Pasir Panjang. Kehadiran Dato' Seri Nizar ke kampung tersebut sangat dinanti nantikan oleh penduduk sebagai wakil rakyat. Pak Lebor yang suatu ketika dahulu merupakan Ketua Kampong Pasir Pandak di zaman Tun Mahadhir Mohamad sebagaimana Perdana Menteri. Kini beliau adalah penyokong yang sangat tegar dengan Dato' Seri Nizar. Beliau dan isteri sangat gembira dengan kedatangan Dato' Seri Nizar walaupun cuba disekat oleh Ketua Kampung. Pak Lebor telah menyediakan pelbagai menu kepada tetamunya pada majlis berbuka puasa yang ringkas itu. Apapun Dato' Seri Nizar juga berselera dengan menu yang disediakan. Semua yang hadir juga bersembahyang maghrib di rumah Pak Lebor. Hubungan yang baik di antara penduduk dengan wakil rakyat mereka tergambar dengan sesi bergambar diakhir lawatan Dato' Seri Nizar.

Sunday, August 12, 2012

Dapur Korner Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut menyediakan bubur lambuk

Sedang Menuangkan bubur lambuk kedalam bekas pelastik.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut telah memasak dan menyediakan 2 Kawah Bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa untuk diedarkan disekitar Seri Manjung. Anak-anak muda ini telah bekerjasama dengan Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut. Setelah bubur lambuk ini siap dimasak, ahli-ahli Muslimat akan mengedarkannya ke lokasi-lokasi yang telah disenaraikan. Chef atau tukang masak yang berpengalaman di Taman Samudera telah memasak bubur lambuk istemewa ini. Menurut tukang masak terbabit Saudara Rahim, bubur lambuk yang dimasaknya ada rahsia yang istemewa dan menggamit2 untuk mencari bubur lambuknya kali kedua kerana sedap dan lazat. Apapun tahnia kepada pemuda kerana membantu beliau menyiapkan 2 kawah bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Seri Manjung.

Nizar dan Nisa' Lumut mengedar bubur lambuk

Gembira bertemu Ds Nizar di Taman Samudera

Mengedar bubur lambuk di Bazar Ramadhan
Juadah berbuka puasa bubur lambuk dari Nizar
Petugas2 Pusat Khdmat juga membantu mengedarkan bubur lambuk
Nisa' Lumut turut mengedar risalah


Nisa' kawasan Lumut menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan di bazar ramadhan di Taman Samudera. Bubur lambuk yang telah siap dimasak dan dibungkus diedarkan oleh Dato' Seri Nizar selaku ADUN kawasan tersebut. Para pengunjung bazar sangat bertuah kerana menikmati juadah berbuka puasa berupa bubur lambuk yang disediakan oleh Nisa' kawasan Lumut. Para pengunjung juga dapat bertemu dengan wakil rakyat mereka di kawasan bazar, dan ada yang mengambil kesempatan mengambil gambar bersama DS Nizar. Usaha murni Nisa' kawasan Lumut adalah merupakan aktiviti yang sering dijayakan pada setiap tahun untuk mendekatkan kumpulan remaja ini dengan masyarakat setempat. Mereka juga mengedarkan risalah-risalah ilmu untuk para pengunjung sempena ramadhan.