TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Tuesday, July 31, 2012

Dato' Seri Nizar berkunjung di Bazar Ramadan dan Taraweh Di Pasir Panjang

Dato' Seri Mohd Nizar ADUN Pasir Panjang bertemu dengan Yang Berhormat Dato'Seri Kong Cho Ha Menteri Pengangkutan Jalan /Ahli Parlimen Lumut di Bazar Ramadhan Seri Manjung.
Hadir di Majlis berbuka puasa Pas Kawasan Lumut
Memberi Ucapan di Markas Pas Pasir Panjang selepas Solat Taraweh.

Ahli Pas Lumut yang hadir dalam Program Taraweh di Markas Pas Pasir Panjang.
27 Julai 2012 Adun Pasir Panjang berada di kawasan Dun nya di Pasir Panjang untuk bertemu rakyat. Bermula dengan membuat lawatan ke Bazar Ramadhan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, dikuti dengan Majlis berbuka puasa di Markas Pasir Panjang, solat maghrib, solat Isya', taraweh, dan menyampaikan ucapan kepada para petugas MTD.
Dalam lawatan singkatnya ke Bazar Ramadhan, beliau menemui pelbagai lapisan masyarakat yang mengunjungi bazar tersebut untuk membeli makanan sebagai persiapan berbuka puasa.Para peniaga sangat teruja dengan kehadiran Yang Berhormat Dato' Seri Nizar kegerai mereka. Ada di kalangan para peniaga menghadiahkan Dato' Seri Nizar dengan pelbagai juadah untuk dimakan sewaktu berbuka. Secara kebetulan di Bazar ramadhan itu juga Dato' Seri Nizar bertemu dengan YB Dato' Seri Kong Cho Ha, Ahli Parlimen Lumut yang juga sedang berkunjung ke gerai-gerai di sana. Mereka sempat berbual-bual dan bertanya khabar. Walaupun berlainan politik namun mereka sempat menunjukkan suasana yang baik di mata rakyat.
Di Markas Pasir Panjang Dato' Seri Nizar hadir ke majlis berbuka puasa anjuran Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang yang merupakan kawasan yang ditandinginya. Beliau telah bersama-sama menunaikan solat taraweh dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Thursday, June 28, 2012

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3




KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.


Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.


Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.

"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1. Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.

Dalam pada itu, kata beliau peguamnya turut menghantar notis kepada TV3 dan Utusan Malaysia untuk menarik balik dan meminta maaf secara terbuka berkaitan penyiaran berita tersebut.

Sekiranya, TV3 dan Utusan Malaysia tidak berbuat demikian, tambah Nizar pihaknya akan mengemukakan saman malu terhadap kedua-dua media tersebut.

Ditanya tentang tempoh yang diberi pihaknya kepada TV3 dan Utusan Malaysia itu, Nizar berkata pihaknya memberi tempoh sehingga tujuh hari bermula hari ini untuk berbuat demikian (tarik balik dan mohon maaf).

Nizar, sebelum ini dalam twitnya mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran yang dimenangi Sultan Ibrahim itu dengan bayaran RM520,000 dengan kesusahan rakyat Johor.

Ekoran kenyataannya itu, pelbagai reaksi positif dan negatif dibangkitkan, dan turut disiasat di bawah Akta Hasutan, malah pejabatnya turut digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.

Nizar bagaimanapun bertindak memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Ibrahim beberapa hari selepas itu.
— dengan Faiz Arshad.

Tuesday, June 19, 2012

WWW 1: Polis rampas komputer, telefon Nizar




Harakahdaily, 19 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) memberitahu tiga barang miliknya telah diambil pihak Polis Johor semalam.

Ianya sebuah komputer pejabat, komputer riba dan telefon bimbit yang diambil dalam tiga operasi geledah di tiga tempat berlainan.

Komputer pejabat diambil sewaktu polis menggeledah di Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang semalam.

Komputer riba pula dihantar oleh anaknya semalam selepas polis menggeledah kediamannya di Sungai Rokam, manakala telefon bimbit dirampas malam tadi ketika beliau berada di sebuah hotel di ibu negara sempena menghadiri sidang parlimen.

"Malam tadi kira-kira jam 9 malam, enam orang polis datang dengan waran mahkamah majistret untuk menggeledah di hotel tempat saya menginap.

"Mereka juga mengambil telefon bimbit Nokia yang saya guna," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ketika ditemui Harakahdaily.

Menurut Nizar, operasi menggeledah dihotel tersebut malam tadi tamat kira-kira jam 11 malam dan beliau memberi kerjasama penuh kepada polis tersebut.

Semalam polis Johor menggeledah tiga pejabat operasi Nizar masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang.

Difahamkan Operasi yang bermula kira-kira jam 11.30 pagi semalam itu dibuat di Pejabat Pas Negeri, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

Tindakan sama turut dibuat ke atas kediaman beliau di Sungai Rokam.

Bagaimanapun ketika operasi penggeledahan, Nizar tiada di kesemua tempat itu kerana masih berada di ibu negara bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Beliau hanya mengetahui situasi berkenaan setelah dihubungi salah seorang anaknya yang memaklumkan terdapat beberapa anggota polis membuat rondaan di sekitar kediamannya di Sungai Rokam, di sini.

Tindakan geledah itu dipercayai ada kaitan dengan isu mesej Twitter Mohammad Nizar berhubung keputusan bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

"Untuk sekarang ini saya akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada peguam-peguam PAS sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Wednesday, June 6, 2012

Ds Nizar menyelongkar masalah pengusaha ternakan ikan sangkar di Sungai Dinding

Dato' Seri Nizar dibawa menaiki bot untuk melihat keadaan Sungai Dinding

Bot menghampiri kawasan Pembinaan Pelantar Minyak kepunyaan Kencana HL

Menghampiri kawasan Pelantar Ikan Sangkar di Sungai Dinding

Ds Nizar mengambil gambar2 menarik


Dengan penuh gaya Ds Nizar mengambil gambar.

Pengusaha ikan sangkar tersenyum melihat kehadiran Ds Nizar dan timnya menghampiri pelantar.

Kapal korek yang digunakan untuk mendalamkan Sungai Dinding untuk memudahkan laluan kapal-kapal dan muatannya keluar masuk di Sungai Dinding.

En Mohd penduduk Kg Bahru, salah seorang pengusaha ikan sangkar, sedang mengadu hal dengan Ds Nizar tentang kerugian yang mungkin berlaku setiap kali kerja-kerja mendalamkan Sungai Dinding disebabkan ekologi semulajadi Sungai Dinding tercemar dan mematikan ikan ternakan mereka.

Pemandangan jambatan Tuanku Bainun yang merintangi Sungai Dinding.
Setiap kali kerja-kerja mendalamkan Sungai Dinding dilakukan oleh kapal-kapal korek pada setiap tahun di kawasan tersebut menghala ke laut, para pengusaha ikan dalam sangkar di kawasan tersebut merasa cemas dan sudah pasti mengalami kerugian berjuta ringgit akibat kemusnahan ekologinya dan memusnahkan ikan-ikan mereka.

Perkara ini diadukan kepada wakil rakyat bagi kawasan Pasir Panjang yang merupakan wakil rakyat mereka. Kehadiran Dato' Seri Nizar ke Kg Bahru, baru-baru ini memberi harapan kepada mereka untuk mengadu dan berharap agar perkara ini dibawa oleh Dato Seri ke Dewan Undangan Negeri Perak atau pun ke Dewan Rakyat untuk diselesaikan samaada kerajaan  akan memberi pampasan yang manasabah di atas kerugian yang ditanggung oleh pengusaha pada setiapkali kerja-kerja mendalamkan Sungai Dinding dilakukan.


Tuesday, May 29, 2012

Demontrasi aman membantah tapak pelupusan sampah di Sg Wangi.

Kira-kira 300 orang penduduk sekitar Sekitar Pekan Sitiawan, dalam daerah Manjung telah berhimpun di Padang Astaka, Sitiawan pada 20 Mei 2012 untuk membantah agar tapak Pelupusan Sampah di Kg Sungai Wangi dipindahkan serta merta dari lokasi yang sedia ada ke lokasi lain. Keadaan bau busuk yang menusuk deria hidung merunsingkan penduduk di sekitar kawasan berhampiran dengan tapak pelupusan tersebut yang telah wujud sekian lama menyebabkan penduduk mengadakan demontrasi aman supaya Pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri mengambil tindakan segera. Janji-janji manis mengatakan tapak pelupusan ini akan dipindahkan pada tahun 2014 tidak melegakan, harapan penduduk untuk hidup dalam edaran udara bersih tidak kesampaian malah seolah-olah kerajaan negeri pimpinan UMNO BN tidak peka dengan masalah penduduk. Walaupun cadangan pemindahan ketempat baru telah lama dirancang namun kelihatan kerja-kerja pembuangan sampah dan sisa-sisa masih kelihatan. Jangan biarkan penduduk disini menghidu bau busuk walaupun kampung ini bernama Kg Sg Wangi. Pindahkan segera, bukan 2014.