TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, April 19, 2012

Semua ahli PAS diarah ke BERSIH 3.0


Harakahdaily,19 Apr 2012
KUALA LUMPUR: PAS mengarahkan semua unit dibawahnya agar menggerakkan semua ahli dan penyokong parti Islam itu agar menyertai Bersih 3.0 28 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, semua dewan, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan diarahkan agar menggerakkan ahli masing-masing.

Arahan itu selaras dengan keputusan PAS untuk menyokong sepenuhnya perhimpunan 'Duduk dan Bantah' Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka.

Perhimpunan ini diadakan ekoran kegagalan kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersiapkan pilihan raya akan datang agar diadakan dengan bersih dan adil.

Jawatankusa Terpilih (PSC) Parlimen yang dibentuk juga didakwa gagal untuk menghasilkan yang terbaik untuk mempastikan pilihan raya akan datang bersih dan adil.

Semua usul yang dikemukakan PSC kepada Dewan Rakyat telah diluluskan tanpa dibahaskan.

Laporan minoriti yang cuba dikemukakan anggota Pakatan Rakyat dalam PSC juga ditolak.

Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula dalam kenyataannya mendedahkan pegawai kanan kerajaan dan SPR terlibat dalam satu 'task force' bagi mendaftar warga asing sebagai pengundi dengan cara memberikan kad pengenalan biru kepada mereka.

Ia disifatkan pelbagai pihak sebagai sangat bahaya kerana ia umpama menjual negara untuk kemenangan BN.

Wednesday, April 18, 2012

Pemansuhan PTPTN: Satu ancaman kepada Kapitalisme



oleh : Kerabu bersuara
 
Hari ini, ramai anak muda dan mahasiswa dicederakan dan diintimidasi secara kasar oleh pihak polis dan DBKL untuk memusnahkan khemah-khemah yang didirikan untuk meluahkan perasaan menentang PTPTN. Ia adalah reaksi spontan daripada anak muda melalui "Occupy Dataran" untuk tuntutan Pendidikan Percuma dan menghapuskan pinjaman pendidikan tinggi melalui tabung PTPTN.

Dua hari terdahulu, sekumpulan anak muda dan mahasiswa telah berdemonstrasi untuk tuntutan yang sama dan satu mesej yang jelas telah diberikan bahawa agenda untuk menjadikan golongan terpelajar senantiasa di bawah telunjuk kerajaan adalah tidak mungkin berpanjangan. Ada juga dakwaan bahawa kebergantungan tsuaraerhadap pinjaman PTPTN ini sebenarnya lebih kepada golongan pemodal yang membina kolej-kolej untuk tujuan perniagaan. Persoalannya siapa yang lebih memerlukan PTPTN ini sebenarnya?

PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ditubuhkan pada 1997 untuk memberi pinjaman kepada penuntut pengajian tinggi dan selepas belajar, para penghutang ini perlu membayar balik dengan tambahan faedah pengurusan (baca=bunga) sebanyak 4%. Kini kadar faedah bunganya ialah 1%. Menurut Perdana Menteri Malaysia, sejak dimulakan sehingga sekarang sebanyak RM 43 billion telah dipinjamkan oleh tabung ini dan tahun lalu sahaja lebih kurang RM4 billion telah dikeluarkan sebagai pinjaman kepada para penuntut. Tetapi menurut kepimpinan PKR, jumlah sebenar hanyalah RM 27.5 billion sahaja dan baki pinjaman sekarang adalah lebih kurang RM24.7 billion.

Walau apapun angka yang diberitahu, isu yang lebih penting ialah mengapa berbillion ringit telah dikeluarkan sebagai pinjaman? Jawapannya hanya satu. Kenaikan yuran pengajian yang melambung tinggi di awam dan swasta. Lebih-lebih lagi, penubuhan ratusan kolej-kolej untuk penawaran pendidikan tinggi dari sijil hinggalah ke Sarjana dan PhD. Sekiranya, sebuah kursus dikenakan bayaran lebih kurang RM 22,000 di universiti / kolej awam, mengapakah bayarannya lebih dua kali ganda di kolej swasta untuk pengajian kursus yang sama? Siapa yang benarkannya? Siapa yang memantaunya? Kerajaan atau "bapa"nya di sektor swasta?

Siapa yang untung di sini? Jom kita ambil kursus kejururawatan di Malaysia! Kolej manakah yang menerima pinjaman PTPTN tertinggi di Malaysia? Kolej Masterskill! Pada tahun 2009 sahaja, mereka menerima RM145.5 juta. Tetapi, tahukah kita bahawa Pengerusi Masterskill Governing Council ialah Mohamed Nazim bin Abdul Razak iaitu adik Perdana Menteri Malaysia dan Cancellor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) ialah Raja Azureen iaitu anak kepada Sultan Perak. Untung kolej ini pada tahun tersebut ialah RM 97.4 juta. Siapa yang merasai keuntungan ini?

Di pihak yang lagi satu? Anak muda kita yang menuntut kursus kejururawatan ini. Apakah nasib mereka? Statistik menunjukkan lebih kurang 37,000 pelajar sedang mengikuti kursus tersebut di IPTS tetapi pasaran swasta hanya memerlukan 1,400 orang setahun. Jika 37,000 penuntut ini dibahagi tiga untuk nilai keluaran ke pasaran setiap tahun, maka lebih kurang 12,000 pelajar ini akan membanjiri pasaran untuk 1,400 peluang pekerjaan. Apakah nasib mereka yang tidak mungkin akan mendapat kerja? Bukankah ini satu skandal/penipuan kepada anak muda kita hanya semata-mata untuk mencarikan keuntungan melalui peruntukan PTPTN kepada adik beradik dan anak-anak VIP kita.

Siapa yang untung? Satu kalkulasi ringkas menunjukkan untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta. Bagaimana pula untuk kursus-kursus yang lain. Berapakah keuntungan yang masuk ke kocek koperat. Siapa yang untung? Pihak yang memiliki institusi atau penuntut institusi?

Pembocoran skandal ini oleh Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma yang diterajui oleh Pemuda Sosialis PSM dan Ahli Parlimen Sg Siput masih tidak mendapat jawapan atau reaksi daripada pihak berkuasa.

Satu lagi persoalan yang sepatutnya popular ialah mengapa kerajaan memberi reaksi yang keterlaluan apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghapuskan PTPTN sekiranya menawan Putrajaya? Pelbagai sebab diberikan termasuk negara akan bankrap, kerajaan akan rugi, Petronas akan runtuh, kolej swasta akan ditutup dan akhirnya kad rasis dilayangkan dengan kenyataan pemansuhan PTPTN akan menjejaskan kepentingan Bumiputera. Sebenarnya semua sebab-sebab ini tidak mendapat reaksi yang sepatutnya kerana Laporan Audit oleh pihak kerajaan sendiri menyatakan ketirisan pengurusan kerajaan akibat korupsi, kronisma dan penyalahgunaan kuasa, mencecah hampir RM28 billion untuk setiap tahun. Maka apakah sebabnya reaksi sebegini?

Kerajaan telah mengumumkan pojek perkongsian dengan sektor swasta untuk sistem pendidikan dan perkhidmatan awam lain melalui Rancangan Malaysia ke-10. Walaupun projek "penswastaan" pendidikan ini tidak diheboh-hebohkan, beberapa siri tindakan lanjutan telah diambil termasuk pembinaan ribuan tadika di bawah projek Permata (idea Rosmah) dan pemberian kuasa autonomi kepada universiti tempatan dan sekolah. Antara kuasa yang diberikan ialah kemasukan penaja swasta ke sekolah dan universiti. Maka, kuasa tambahan yang diberi termasuk penentuan yuran, pemilihan pelajar dan pendidik serta pengrekrutan tenaga kerja sokongan (pekebun,penjaga keselamatan dan sebagainya).

Isunya, pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN dan lidah korporat ternganga-nganga untuk menghisap keuntungan yang bakal disajikan. Maka, propaganda pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jelas satu ancaman kepada cita-cita mereka. Maka, dicucuk boneka-bonekanya di kerajaan untuk bangun menentang tuntutan populis tersebut. Rakyat pada umumnya dan anak muda /mahasiswa memang terpikat dengan idea pemansuhan PTPTN dan ini jelas meruncingkan kepentingan golongan koperat.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menghebohkan sistem pendidikan negara akan terbebas daripada cengkaman pasaran/pemodal (baca = mereka masih belum bersedia), sekurang-kurangnya penerapan idea reformis untuk pendidikan percuma / penghapusan PTPTN adalah terlalu dialu-alukan pada ketika ini dan mendapat sokongan penuh daripada Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Apa yang kami impikan ialah satu sistem pendidikan percuma yang bebas daripada pasaran/pemodal selaras dengan tuntutan umum "Pendidikan Bukan Untuk Diniagakan".

Anak Muda Kuasa Perubahan

*Karthiges ialah Penyelaras Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1sMS35lEV

Dedah! - Malaysia Eksport Besi Oksida Ke China

Oleh : Cikgu Husseyn Ali
Saya telah menguji kawan-kawan difacebook dengan bertanyakan, apakah bendanya yang didalam gambar sebelah kiri ini.

Hanya MSK saja yang tepat dengan jawapannya. Kalau kenkawan yang sama peka dan prihatin mengenai isu Vale dan pencemaran alam sekitar pun tidak kenal, apakan lagi orang biasa yang tidak kisah mengenai alam sekitar.

Saya sendiri pun tidak tahu pada mulanya. Nampak macam tanah merah sahaja . (Ha! ha! aku kena bagi hadiah apa kata MSK ni?)

Kalau anda juga nak tahu alkisahnya, sila teruskan membacanya ....

Pihak yang bertanggungjawab terbukti telah gagal memantau syarat-syarat yang wajib dipatuhi bagi mengangkut bahan tersebut mengikut piawaian yang mereka tetapkan.

Bagaimana perkara yang boleh melibatkan keselamatan orang awam dan pencemaran alam sekitar yang serius dibiarkan beroperasi tanpa pemantauan dan kawalan yang ketat.

Pihak berwajib, AELB telah membenarkan sebuah syarikat dari Butterworth Pulau Pinang mengangkut residue besi oksida ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan beberapa syarat yang ketat untuk dipatuhi.

Antara syarat yang ditetapkan ialah bahan tersebut diangkut dengan menggunakan Truk Kontena besi (sila rujuk surat AELB) berikut:


klik untuk besar

Mungkin kerana gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan itu,pihak Penang Port telah tidak membenarkan bahan-bahan tersebut masuk lagi.Ini adalah kerana :


  • Ia mengandungi radioaktif
  • Pencemaran
  • Jalan kotor.

  • Tetapi yang peliknya setelah Penang Port mengharamkan operasi tersebut, kenapa Lumut Port sanggup membenarkan gejala tersebut beroperasi di Perak ini dengan sewenang-wenangnya?

    Waima, 10 tahun lalu Lumut Port tidak membenarkan barangan tersebut. Tetapi sekarang kenapa dibenarkan?

    Syarikat tersebut jelas telah melanggar syarat terpenting apabila hanya menggunakan 'tipper truck' dan bukan seperti yang disyaratkan menggunakan Terak Kontena besi. Anda boleh lihat sendiri 'tipper truck' yang digunakan dan bandingkan dengan 'Truck Container' yang sepatutnya digunakan (gambar di penjuru kiri atas)


    Inilah antara 'tipper truck' yang digunakan untuk
    mengangkut bahan yang mengandungi radio aktif

    Tumpahan bahan tersebut boleh dilihat jelas di sepanjang Jalan Air Tawar menuju ke Lumut Port. Terutamanya dekat kilang-kilang di Kampung Aceh. Lihat gambar berikut:


    Di persimpangan lampu isyarat- yang bersepah atas
    jalanraya itu bukan tanah merah, tetapi bahan dari
    store di Bukit Merah, Menglembu

    Dengar khabarnya, kelmarin Tok Sidang Kampung Aceh Encik Kasim, telah naik angin dan menahan lori-lori yang melalui kampung tersebut kerana tumpahan bahan tersebut mengotorkan jalan di situ. Dia patut pergi marah kat Zambry! Pemandu lori tau apa?

    Inilah beza yang ketara antara kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dan kerajaan haram Umno/BN di Perak.

    Adakah Zambry Kadir itu lebih baik daripada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat dalam hal pemerintahan ?

    Orang Melayu Perak selalu kutuk LGE itu Kafir Harbi. Tidak malukah kalau orang kafir tanya, beginikah cara Zambry yang mengaku kononnya seorang yang Islam?

    Bilakah gejala ini dapat dihentikan. Tunggu pendedahan yang akan menggemparkan selanjutnya nanti, insya'Allah.

    Friday, April 13, 2012

    Penjelasan Nizar tentang Vale

    Oleh: Nizar Jamaludin
    Pakatan Rakyat Perak ingin menolak segala serangan yang terkutuk oleh Menteri Besar Barisan Nasional, yang mana mengatakan bahawa EXCO Pakatan Rakyat terlibat dalam membenarkan dan meluluskan tanah untuk VALE di Teluk Rubiah.
    Amat tidak masuk akal sama sekali untuk mengatakan bahawa kerajaan PR menawarkan bekas tanah resort di Teluk Rubiah kepada VALE kerana ia adalah tanah persendirian. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak telah mencadangkan Tanjung Hantu sebagai kilang mempeletan bijih besi dan juga projek pusat distribusi yang mana dicadangkan VALE.
    Tanjung Hantu terletak kira-kira 45km dari Teluk Rubiah dan merupakan tempat yang dinyahhutankan dan mempunyai penduduk yang bilangannya kecil sahaja. Tanah yang dicadangkan juga merupakan tanah milik negeri. Kita berpendirian teguh atas pendirian ini.
    Surat saya hanyalah kenyataan pengaluan, untuk bersetuju untuk menimbangkan kesemua tapak yang dicadangkan termasuk Teluk Rubiah. Seperti mana jua seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab, saya menunjukkan budi bahasa dan positiviti kepada seorang yang berpontensi menjadi pelabur asing kepada negeri yang mana patut diterima mereka sebelum apa-apa penyiasatan dan keputusan dibuat.
    Hal tersebut hanya diperingkat permulaan sahaja. Laporan-laporan daripada agensi negeri yang berkaitan belum lagi dikumpulkan dan dibincangkan,dan ia masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat EXCO. Oleh itu, tidak mungkin sebarang keputusan boleh dibuat atas isu tersebut. Isu tersebut hanya boleh akan dibuat selepas Penilaian Kesan Alam Sekitar dijalankan dan keputusannya hendaklah memuaskan. Tambahan pula agensi-agensi berikut harus dirunding terlebih dahulu:
    • TNB: Yang mempunyai Stesen Janakuasa hampir dengan Teluk Rubiah
    • Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MITI)
    • Jabatan Perikanan dan Marin
    • Pejabat Tanah dan Galian
    • Kementerian Pertahanan : Untuk memastikan ia tidak akan membawa kesan terhadap protokol-protokol berkaitan dengan Tentera Laut,Kementerian Pelaburan, Pembangunan dan Industri.
    Apabila kita mengkaji tapak yang berpotensi, kita amat terkejut dengan penemuan kita. Harta Makmur Sdn Bhd yang memiliki tanah resort Teluk Rubiah menghadapi masalah kewangan. Syarikat tersebut berhutang dengan kerajaan negeri lebih RM20juta untuk cukai pintu. Ia juga mempunyai sejumlah hutang dan pinjaman belum berbayar kepada pelbagai institusi kewangan melebihi RM200juta. Oleh yang demikian, kita ada beberapa pertanyaan.
    Adakah keputusan untuk meluluskan projek tersebut di Teluk Rubiah dipengaruhi oleh pertimbangan untuk membantu Harta Makmur dalam keadaan kewangannya meskipun ia bertentangan dengan kehendak rakyat? Tapak tersebut dan kawasan sekitarnya mempunyai tugas sebagai menjadi tumpuan pelancongan di Manjung. Berjuta-juta ringgit dibelanjakan untuk mencantikan kawasan tersebut demi menjadikan ia tumpuan pelancongan yang luar biasa cantiknya. Saya juga ingin tahu mengapa Zambry begitu melindungi kepentingan Harta Makmur, meskipun ia jelas bertentangan dengan kebajikan rakyat.
    Ia difahamkan bahawa jika terdapat sebarang pertikaian yang timbul atas projek ini, ia telah dinyatakan dalam perjanjian antara BN dan VALE bahawa hal berbangkit tersebut akan diselesaikan dalam mahkamah Singapura. Ini merupakan satu penghinaan terang-terangan kepada negara kita, negeri kita, dan rakyat kita yang mana kedua-dua pihak tidak mengiktiraf sistem kehakiman negara ini. Saya mahukan Zambry memberikan penjelasan menyeluruh tentang hal ini.
    Meskipun EXCO saya dijemput ke Brazil untuk rundingan lanjut oleh VALE, tidak seperti BN, kami telah menolaknya kerana kita tak boleh bertanya soalan lanjut sedangkan yang sedia ada masih belum dijawab oleh mereka.
    Kami menolak dan menafikan tanpa kompromi bahawasanya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah berperanan dalam meluluskan projek tersebut dan penukaran tanahnya.
    Saya selaku Menteri Besar ketika itu, bersama mana-mana ahli EXCO, tidak boleh membuat keputusan secara berasingan untuk meluluskan projek yang sebesar ini. Kita sebagai kerajaan negeri Perak pada waktu itu membuat keputusan secara kolektif untuk isu-isu seperti mana besarnya isu ini dan kita akan terus berbuat demikian apabila kita kembali menjadi kerajaan.
    Zambry tidak boleh memilih dalam memberi maklumat kepada orang ramai. Gambaran yang diberikan Zambry merupakan gambaran separuh benar pada yang terbaiknya dan penipuan besar pada yang paling teruknya. Sekiranya Zambry ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan tidak bermain politik murahan yang didakwa beliau sedang dimainkan oleh kami, kami menuntut dan mencabar beliau untuk mendiklasifikasikan dan mengisytiharkan yang berikut:
    1. Kesemua minit mesyuarat oleh agensi-agensi kerajaan berkaitan VALE
    2. Kelulusan EXCO BN untuk projek tersebut
    3. Surat Kebenaran yang ditandatangani Zambry kepada VALE
    4. Perjanjian pelaburan antara Kerajaan Negeri dan VALE
    Kita percaya bahawa rakyat Perak, dengan hal diatas dinyahklasifikasi, tidak akan percaya segala penipuan oleh Barisan Nasional.
    Rakyat Perak akan bangkit dengan keputusan yang bijak dan bernas untuk mengembalikan keadilan kepada Perak dan mengembalikan semula demokrasi kepada negara kita.