TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Thursday, January 19, 2012
ABU@ Asal Bukan UMNO bulih sahaja dalam PRU 13 nanti. UMNO BN yang telah diberikuasa oleh rakyat dalam PRU 12 telah menzalimi rakyatnya. Slogan " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sekadar pemanis mulut atau gula-gula untuk rakyat. Rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang, kenaikan cukai pintu, kenaikan insuran kenderaan dan lain-lain kenaikan. TNB contohnya sebuah syarikat kerajaan menyatakan tentang kerugian urusniaganya....Sudah tentulah nanti memaksa rakyat untuk menerima beban kenaikan taarif letrik.
Apalah nasib malang rakyat Malaysia. Namun masih belum terlambat untuk rakyat membuat satu perubahan untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13 menerajui negara. Negara semakin tersepit akibat pemimpin korup yang memerintah negara. Rasuah dan penyalahan gunaan kuasa dan tidak pernah terfikir tentang jerih perih rakyat bawahan. Malaysia mesti berubah. Pemerintahan negara mesti ditukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Selamat Menuju ke Putrajaya. Asalkan Bukan UMNO @ABU.
Aktivis dan Pencinta Alam Sekitar mengikut taklimat Penerangan berkaitan Kesan Alam Sekitar Projek Vale di Teluk Rubiah.
Wednesday, January 18, 2012
Hj Nizar melancarkan Gerak Kerja MTD Pasir Panjang.
![]() |
Sdr Osman Ahmad selaku Pengarah MTD Pasir Panjang menerima bendera PAS dari ADUN Pasir Panjang |
![]() |
Wakil-wakil UPU menerima bendera dari Dato' Seri Nizar sempena perlancaran Gerak kerja Pilihanraya MTD Pasir Panjang. |
![]() |
Dato' Seri Nizar Menyampaikan ucapan |
![]() | |||
Ucapan ADUN Pasir Panjang kepada para petugas pilihanraya. |
Majlis Tindakan DUN Pasir Panjang (MTD) telah mengadakan Perlancaran Gerakkerja Pilihanrayanya pada 14 februari 2012 di perkarangan Surau Madrasah Dakwatul Islamiyah (MADAH) di Fasa 1A, Seri Manjung. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku wakil rakyat di kawasan tersebut. Dalam majlis tersebut Haji Nizar menyarankan agar para petugas bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa. DUN Pasir Panjang yang juga menjadi tumpuan dan perhatian Barisan Nasional . Zambry selaku Ketua UMNO bahagian Lumut telah mengistiharkan calon yang mewakilan Barisan Nasional adalah daripada UMNO. Untuk itu gerakkerja yang perlu dilakukan oleh para petugas PAS bagi mengekalkan kemenangan perlulah ditingkatkan. Penyelewengan yang dilakukan Barisan Nasional selama ini mesti diterangkan kepada rakyat. Dalam majlis tersebut Dato' Seri Nizar telah menyampaikan sedikit ucapan dan menyampaikan bendera PAS kepada wakil-wakil UPU sebagai tanda Gerak Kerja pilihanraya telah bermula dan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya. Sebanyak 20 UPU telah hadir dan menerima bendera dari YB Dato' Seri Nizar. Mereka juga telah menghadiri kursus-kursus memahami undang-undang pilihanraya, Gerak saraf dan Peranan Ulama dalam pilihanraya. |
Sunday, January 15, 2012
Bersihkan Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat PRU ke 13
Ds Nizar Menyampaikan ceramahnya. |
Mereka yang hadir |
Muslimat juga hadir |
Demikianlah yang disuarakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya malam tadi di Perkarangan surau MADAH, di Seri Manjung dalam kawasan Pasir Panjang yang diwakilinya. Kira-kira seribu orang telah hadir dalam ceramah itu, bersempena dengan perlancaran Gerakkerja Pilihanraya MTD Pasir Panjang. Menurutnya lagi, rakyat kena sedar apa yang berlaku dan kena berubah bagi menentukan kerajaan Barisan Nasional yang rasuah ini perlu ditumbangkan dan ditukarkan dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang sudah bersedia untuk melangkah ke Putrajaya bagi menerajui pemerintahan negara.
Paling malang kepada umat Islam, apabila Institut Zakat yang mengurus hal ehwal zakat turut diselewengkan oleh mereka yang berautoriti atau tahu secara mendalam berkaitan hal ehwal zakat. Menteri yang berkenaan "Jamil Khir Baharom" bekas Pengarah KAGAT terlalu mudah mengunakan kapasiti jawatannya menggunakan wang zakat untuk bayaran guaman melawan "kes Anwar Ibrahim" bagi pihak kerajaan. Apakah asnaf atau bahagian untuk tujuan tersebut? Benarkah ianya Asnaf Fi Sabilillah? Inilah perkara-perkara yang mesti rakyat fikirkan dan mengubah senario politik Malaysia sesuai dengan tema Konvensyen Pakatan Rakyat 3" Bersihkan Malaysia" yang juga diadakan semalam di Alor Setar Kedah.
Pakatan ikrar bentuk kerajaan bersih
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hari ini menyatakan ikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha pakatan tersebut.
Pemimpin DAP, PAS dan PKR itu mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 2,000 orang penyokong mereka dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar.
Dalam ikrar tersebut, pemimpin berkenaan berkata asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia semakin dinafikan hak serta terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan," kata pemimpin parti itu ketika membacakan ikrar yang diketuai penolong setiausaha agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Pemimpin berkenaan menggariskan empat janji utama – mempertahan perlembagaan dan dasar bersama Pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota komponennya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Pemimpin yang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya Azmin Ali.
Turut sama dalam upacara itu ialah setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, penasihat parti itu Lim Kit Siang, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.- mkini
Subscribe to:
Posts (Atom)