Penduduk Taman Raja Muda Musa Sitiawan telah mengadu di Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang mengenai kegiatan mencantas dahan-dahan pokok yang ada di sekitar padang kawasan perumahan tersebut. Pokok-pokok itu ditanam oleh pihak Majlis Perbandaran Manjung untuk memberi keredupan bagi melindungi rumah yag terdapat disitu dari bahang panas sewaktu matahari naik. Penduduk merasa kesal apabila dahan-dahan pokok ini dicantas tanpa mengambil kira rasa sayangkan keredupan pokok disitu yang sedikit sebanyak menyamankan penduduk. Menurut pegawai dari Majlis Perbandaran Manjung, pokok-pokok yang ada di situ terpaksa dicantas dan dibuang untuk mengelakkan dari ketinggian melampau. Namun begitu kenapa pula pokok-pokok ini dicantas setelah ianya menjadi tinggi dan tidak dikawal semasa diperingkat awal tumbuhnya pokok tersebut. Ini menunjukan sistem pemeliharaan pokok disitu tidak dikawal selia dengan baik dan bersesuian dengan pemeliharaan alam sekitar. Semoga pihak berwajib sentiasa peka dengan kepentingan penduduk serta penjagaan pokok untuk memberi suasana nyaman dan oksijen yang bersih dan keindahan persekitaran.
TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Wednesday, October 19, 2011
CERAMAH UMUM DI MARKAS PAS PASIR PANJANG PADA 21.10.11 (JUMAAT) JAM 9.00 MALAM
Pada 21 Oktober 2011 (Jumaat) jam 9.00 malam akan diadakan satu ceramah penerangan mengenai isu-isu semasa bertempat di Markas PAS Pasir Panjang, Sitiawan, Perak. Penceramah yang akan hadir ialah Dato' Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang merangkap Ahli Parlimen Bukit Gantang. Turut berceramah nanti ialah Lt Kol (B) Haji Mohd Nazari Hj Mokhtar, Presiden KERABAT (Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera) yang akan memberi penerangan berkaitan KERABAT salah satu NGO yang berkait langsung dengan hal ehwal bekas tentera., Orang ramai juga berpeluang mendengar ceramah daripada Dr Mohd Nor Manuty, Pengerusi PKR Perak dan Yb Nga Kor Meng ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping. Sila hebahkan maklumat ini.
Thursday, August 18, 2011
Rutin Dato' Seri Nizar di Bulan Ramadhan
![]() |
Susunan bubur lambok yang telah siap diadakan. |
![]() |
Sumbangan ADUN Pasir Panjang dan PAS Kawasan Lumut |
![]() |
Sumbangan disampaikan kepada pesakit-pesakit di hospital Seri Manjung |
![]() |
Juga tidak lupa disampaikan kepada Kakitangan yang bertugas. |
![]() |
Petugas yang bersedia untuk bersama-sama bertemu dangan masyarakat |
![]() |
Bubur lambok juga diedarkan kepada pengunjung bazar ramadhan di sekitar Manjung |
![]() |
Yb Nizar sebagai ADUN Pasir Panjang menyampaikan sumbangan untuk tabung pembangunan surau |
![]() |
Kaum Tionghua juga bertuah dapat menikmati bubur lambok |
![]() |
Bubur lambok untuk diedarkan |
![]() |
Iftar Jamaei amalan yang baik |
![]() |
Tazkirah Ramadhan |
![]() |
Jamaah di kalangan muslimat sedang mendengar kuliah Ds Nizar |
![]() |
Beruntungnya aku dapat Bubur lambok dari Yb Nizar |
![]() |
Membantu dan memimpin |
![]() |
Bantuan Fakir Miskin, anak-anak yatim, mualaf serta mereka yang kurang berkemampuan |
![]() |
Duit raya untuk anak-anak yatim di Pasir Panjang |
![]() |
Ada hamper ler pulak!!! |
Beliau ke Bazar Ramadhan untuk mengunjungi rakyat yang berkunjung ke sini untuk membeli juadah berbuka puasa. Kehadiran penduduk yang begitu ramai diambil kesempatan oleh Yang Berhormat untuk bertanya khabar. Di samping itu beliau sempat menyampaikan semangkuk bubur lambok kepada pengunjung. Bubur lambok ini disediakan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut dengan kerjasama Dewan Pemuda. Rata-rata pengunjung merasa sangat betuah kerana dapat ole-oleh dari Yang Berhormat kesayangan mereka. Selain dari pengunjung Bazar Ramadhan, bubur lambok ini juga diedarkan kepada pesakit-pesakit dan Staf di wad Hospital Seri Manjung.
Dato' Seri Nizar berbuka puasa dan menunaikan solat di surau dan masjid dalam kawasan Pasir Panjang dan menyampaikan tazkirahnya kepada ahli jamaah. Beliau juga akan bersama-sama penduduk dan mengimamkan solat taraweh.
Sunday, August 14, 2011
Project Infak For Amal@PIFA menziarahi Pondok At Taalim, Seri Manjung
13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan, sekumpulan rombongan yang berteraskan kebajikan telah mengunjungi Seri Manjung untuk tujuan menyampaikan sumbangan Ramadhan. Kumpulan ini dinamakan Project Infak For Amal atau nama ringkasnya PIFA. Hajat untuk mereka menyampaikan secara terus segala sumbangan dan infak kepada yang selayaknya, direalisasikan melalui Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang yang mengatur beberapa program untuk mereka. kehadiran secara konvoi seramai 77 orang aktivis masyarakat ini ke Seri Manjung sangat dihargai oleh penduduk. Mereka menyampaikan sumbangan kepada 40 orang miskin dan 15 anak-anak yatim di kawasan DUN Pasir Panjang yang diadakan di Surau al Khairiah, Kampung Permatang. Segala sumbangan disampaikan oleh YB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ADUN bagi kawasan Pasir Panjang. Di samping itu Konvoi PIFA ini juga dibawa ke Pondok Pengajian Hadis At Taalim. Di sini, mereka diberi penerangan mengenai perjalanan pengurusan dan pengajian pondok ini. Mereka juga menyampaikan sumbangan sempena ramadhan kepada warga pondok khususnya para pelajar yang menuntut di sini. Semoga usaha baik PIFA di berkati dan dikira sebagai amal soleh.
Wednesday, August 3, 2011
Tayangan Filem Komuniti & Dailog Komas - Hak Asasi Manusia di Seri Manjung.
![]() |
Sebahagian penonton yang hadir |
![]() |
Iklan Program Tayangan Filem Hak Asasi Manusia |
![]() |
Bersantai dan berbual sewaktu rehat |
![]() |
Bergambar bersama penceramah jemputan. |
![]() |
Dare To Document |
Subscribe to:
Posts (Atom)