TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Thursday, June 30, 2011
Baju berwarna kuning bersih di rampas di permis pembuatnya.
29 Jun 2011, Sejumlah lebih kurang seratus helai baju berwarna kuning bersih dirampas oleh pihak polis di kedai pembuat baju tersebut di Pekan Lumut. Tindakan pihak polis tersebut mengejutkan pemilik kedai kerana beliau yang tidak tahu menahu keadaan sebenar mengenai rampasan tersebut, terpingga-pingga bila diberitahu dan diugut bahawa memiliki baju berwarna kuning bersih adalah satu kesalahan.
Beliau terpaksa menanggung kerugian apabila mereka yang menempah baju tersebut menuntut wang deposit tempahannya. Oleh kerana beliau bimbang dengan kejadian tersebut dan khuatir lesen perniagaannya digantung, dia menyerahkan sahaja kesemua baju kuning bersih yang telah siap dijahit.
Kejadian ini seolah-olah satu kesalahan jenayah yang besar, pertama kali berlaku dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Para peniaga yang mencari rezeki seperti itu, terpaksa berhati-hati untuk menerima sebarang tempahan.
Dalam perkembangan yang lain; sebuah rumah di Kampar, Perak, diberitahu rumahnya digeledah sekumpulan yang dipercayai pasukan polis untuk mendapatkan baju kuning bersih. Pemilik rumah tersebut terkejut dengan kejadian tersebut. Tanpa sebarang pengenalan diri dan waran geledah, pasukan polis itu boleh melakukan penggeledahan semata-mata memenuhi tuntutan dan arahan pihak atasannya, dan kerana keperluan kerajaan yang memerintah.
Tuesday, June 28, 2011
Akta Polis bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan
Malaysiakini melaporkan:
Pasai tu la aku tak heran langsung kalau kerajaan langsung tak hormati pandangan SUHAKAM. Semua tu lakonan ja.
Pasainya syor ni bukan baru, syor ni dibuat dalam bulan Oktober tahun 2007. Dah lebih 3 tahun lepas dah. Sampai sekarang kerajaan langsung tak ambil perhatian dengan syor tu.
Yang lebih kuat lagi, syor tu bukan sorang pesuruhjaya Suhakam punya syor tapi syor yang dipersetujui oleh kesemua 18 pesuruhjaya Suhakam pada masa tu.
Syor tu Suhakam buat selepas sorang ditembak masa himpunan di Batu Buruk.
Portal Majlis Peguam pada 10 Oktober 2007 melaporkan:
Sama jugak la dengan tuntutan bersih, berceramah la sampai berbuih mulut pun, depa sikit pun tak heran, tapi bila BERSIH 2.0 sepakat anjurkan himpunan pada 9 Julai 2010 baru la depa melompat.
Maknanya, puak-puak ni tak paham kalau cakap guna mulut, nak kena berbahasa melalui demonstrasi baru depa ambik perhatian.
Pasai tu la himpunan BERSIH 2.0 perlu diteruskan dan diusahakan supaya berjaya diadakan tak kira apa harga pun yang perlu dibayar.
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.Ada polis nak heran dengan apa yang Pengerusi SUHAKAM ni kata. SUHAKAM ni kerajaan setuju tubuhkan bukan pasai nak jaga hak asasi manusia macam matlamat penubuhan dia. SUHAKAM ni ditubuhkan cuma nak ujudkan persepsi komonnya kerajaan Malaysia perihatin pasai hak asasi manusia.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.
Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.
Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan. - Mkini.
Pasai tu la aku tak heran langsung kalau kerajaan langsung tak hormati pandangan SUHAKAM. Semua tu lakonan ja.
Pasainya syor ni bukan baru, syor ni dibuat dalam bulan Oktober tahun 2007. Dah lebih 3 tahun lepas dah. Sampai sekarang kerajaan langsung tak ambil perhatian dengan syor tu.
Yang lebih kuat lagi, syor tu bukan sorang pesuruhjaya Suhakam punya syor tapi syor yang dipersetujui oleh kesemua 18 pesuruhjaya Suhakam pada masa tu.
Syor tu Suhakam buat selepas sorang ditembak masa himpunan di Batu Buruk.
Portal Majlis Peguam pada 10 Oktober 2007 melaporkan:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengesyorkan Seksyen 27 Akta Polis 1997 dipinda bagi memansuhkan syarat mewajibkan permohonan permit atau lesen daripada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan secara aman.Ada pihak kerajaan peduli? Jangan harap...
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam, berkata cadangan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua 18 Pesuruhjaya Suhakam dalam satu mesyuarat di sini, kelmarin.
- MalaysianBar.
Sama jugak la dengan tuntutan bersih, berceramah la sampai berbuih mulut pun, depa sikit pun tak heran, tapi bila BERSIH 2.0 sepakat anjurkan himpunan pada 9 Julai 2010 baru la depa melompat.
Maknanya, puak-puak ni tak paham kalau cakap guna mulut, nak kena berbahasa melalui demonstrasi baru depa ambik perhatian.
Pasai tu la himpunan BERSIH 2.0 perlu diteruskan dan diusahakan supaya berjaya diadakan tak kira apa harga pun yang perlu dibayar.
Mengapa isteri tentera dalam senarai undi pos
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam. "Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam. "Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata adalah logik isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos kerana perlu mengikut suami yang bertugas. "Kita semua tahu pada pilihan raya 1999 dan juga 2008 undi pos ini banyak berpihak kepada pembangkang juga. Jadi mengatakan undi pos dimanipulasikan itu adalah tidak benar. “Kalau bercakap tentang isteri tentera sudah sememangnya logik mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir kerana pada hari pengundian itu mereka bersama suami mereka di kem-kem yang ditetapkan. “Cuba bayangkan kalau isteri memilih untuk menjadi pengundi awam mereka terpaksa pulang ke kampung,” katanya. Selain itu Mujahid turut mempersoal mengenai tentera yang mempunyai dua kad pengenalan yang membolehkan mereka mengundi secara biasa dan secara pos. “Bagaimanakah tentang tentera yang mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad tentera dan kad pengenalan awam dan nama undi pos dan undi awam. “Saya minta penjelasan daripada menteri supaya undi pos ini benar-benar mencapai maksudnya bukan undi yang dimanipulasikan,” katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Nazri sekali lagi menafikan perkara itu dengan berkata kemungkinan nama bekas tentera itu tidak dipotong dalam senarai pengundi awam. “Ini mungkin berlaku kepada bekas tentera kerana kalau dia sudah bersara dia akan didaftarkan sebagai pengundi awam dan kemungkinan rekod masih menunjukkan nama mereka ada di pengundi pos,” katanya. Mujahid dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam. Sementara itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta menteri menyatakan jumlah pertambahan tentera setiap tahun bagi mengetahui jumlah tentera baru dan yang telah bersara supaya jumlah undi pos yang wujud diketahui. |
Monday, June 27, 2011
PAS Sungai Wangi , Ayer Tawar, Perak berjaya membina markas baru
![]() |
Dato'Ustaz Tuan Ibrahim tiba di Kampong Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak. |
Ustaz Tuan Ibrahim ke Plak Perasmian Markas PAS Sungai Wangi |
Menanda tangani Plak Perasmian Markas |
Pusat Tarbiyah Al Hidayah PAS Cawangan Sungai Wangi di rasmikan oleh YBHG Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang semasa itu sebagai Naib Presiden PAS |
![]() |
Ucapan Perasmian. |
![]() |
Bergambar dengan wargaemas Kampung Sungai Wangi |
![]() |
Bergambar dengan hadirin dimajlis perasmian markas. |
Menjamu selera bersama Ds Nizar, Hj Noh dan Hj Imran. |
Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat kawasan Lumut.
Banner Majlis Perlaksanaan Memahami Ucapan Dasar Presiden PAS dan Penyampaian Watikah Jawatan PAS Kawasan Lumut. |
YDP PAS kawasan Lumut memperincikan Ucapan Dasar Presiden kepada Ahli-ahli jawatankuasa PAS dan ketua-ketua cawangan di kawasan Lumut. |
![]() | ||
Dato' Seri Nizar Memberi Ucapan Penutup Munaqasyah ucapan dasar presiden peringkat kawasan Lumut. |
Hj Noh Ahmad selaku Yang di Pertua PAS kawasan Lumut untuk sessi 2011-2013 telah memperincikan Ucapan Presiden tentang tanggungjawab memahamkan rakyat berkaitan tema " Membangun Negara Berkebajikan" Hj Noh telah menerangkan tentang konsep Negara Berkebajikan sebagaimana yang diucapkan oleh peresiden. PAS memang telah lama mengamalkan konsep berkebajikan ini berbanding dengan UMNO yang mementingkan kroni dalam pengagihan harta negara untuk faedah rakyat.
Program ini dihadiri oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada semua Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Dewan Harian, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Ketua-ketua cawangan dan setiausaha-setiausaha cawangan dalam kawasan Lumut. Turut hadir dalam program tersebut ialah ahli-ahli dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ucapan penutup disampaikan oleh Yang berhormat Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar bin Jamaluddin selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga ADUN Pasir Panjang dan ahli parlimen Bukit Gantang. Dalam majlis tersebut, Dato' Seri Nizar telah menyampaikan watikah lantikan perjawatan Ahli Jawatan Kuasa kerja PAS Kawasan Lumut Sessi 2011-2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)