TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Wednesday, March 30, 2011

Kos selenggara 2 kapal selam RM50 juta setahun

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini, beliau berkata kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

"Penyelenggaraan (setiap satu kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

"Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol.
KD Tunku Abdul Rahman tiba di perairan Malaysia pada September 2009 dari Perancis manakala kapal selam kedua negara, KD Tun Razak tiba di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah pada Julai, 2010.

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Febuari tahun lalu.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Januari tahun lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.

Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang sering kali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.

"Masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal selam adalah masalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia. Saya kira dalam hal ketenteraan dan keselamatan negara kita patut berkongsi rahsia, jangan mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara ke luar (negara)," katanya.

Beliau berkata pencapaian paling membanggakan dalam operasi kapal selam berkenaan ialah apabila KD Tunku Abdul Rahman membuat penembakan misil SM 39 pada Julai lepas di kedalaman 55 meter dan telah mengenai sasaran yang berada sejauh 40 kilometer.

"Kejayaan itu dapat meningkatkan semangat juang yang lebih tinggi kepada krew kapal walau pembangkang mengatakan kedua-duanya (kapal) bermasalah," katanya.

Abdul Latiff juga berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berpuas hati selepas menaiki KD Tunku Abdul Rahman dan menyelam pada kedalaman maksimum operasi di Laut China Selatan baru-baru ini. - BERNAMA

Premium tanah RM10 untuk pendidikan – PR Perak


Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pakatan Rakyat Perak berjanji akan memberi kadar premium tanah secara nominal RM10 sehektar untuk tapak tanah yang diluluskan kepada institusi pendidikan sumbangan wang orang awam (Suwa) jika rakyat memberi mandat kepada mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Mohammad Jamaluddin berkata, Pakatan Rakyat menyedari masalah kewangan yang bakal dihadapi oleh sekolah-sekolah agama, suwa dan Sekolah Tamil kerana jumlah premium tanah masih belum mengambil kira kos pembangunan tanah yang menelan belanja jutaan ringgit.
Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, perkara itu berlaku apabila BN merampas kuasa di Perak mengenakan premium tanah bernilai berjuta-juta ringgit kepada tanah yang diluluskan kepada Suwa.
Sebagai contoh jelasnya, sekolah Suwa dikehendaki membayar premium tanah sebanyak RM2,240,000 dengan setiap sekolah terpaksa menanggung kos premium tanah RM248,888.
"Ini satu beban yang cukup berat berat untuk lembaga pengelola sekolah tersebut. Atas dasar BN tersebut, pihak lembaga pengelola sekolah terpaksa mengutip derma dan merayu bantuan dari pelbagai pihak khususnya masyarakat umum," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ketika Pakatan Rakyat memerintah di negeri itu pada tahun 2008, kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan tanah kepada institusi pendidikan iaitu tanah seluas 2,023 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 1,012 hektar untuk sekolah Suwa dan 607 hektar untuk sekolah Tamil supaya dijadikan modal dan tabung untuk membantu pembangunan institusi pendidikan tersebut.
Turut bersama Nizar pada sidang media tersebut ialah Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Senaman poco-poco haram - Mufti Perak

Harakahdaily   
 















IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.

Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.

Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)

Tuesday, March 29, 2011

Pemilik Kenderaan yang disenarai hitamkan oleh JPJ tidak dapat menghidupkan Cukai jalan walaupun kes Senarai hitam Kenderaan saman ekor ini telah ditangguhkan

Sidang Media berkaitan Saman Ekor dan senarai hitam kenderaan
 Ketua Penerangan PAS Kawasan Lumut sedang menunjukkan sepucuk surat  untuk dihantar kepada Pegawai JPJ agar pengadu diberi kebenaran untuk menghidupkan road taxnya walau pun kenderaannya di senarai hitamkan oleh JPJ.
 
Peguam Zamri Ibrahim sedang menyatakan sesuatu berkenaan dengan Saman Ekor menurut Peruntukan Undang-undang yang ada

29 Mac 2011
Seri Manjung

Ketua Lajnah Undang-Undang dan  Bantuan Guaman  Pas Kawasan Lumut, Saudara Zamri Ibrahim telah menerima beberapa aduan berkaitan Saman Ekor yang dikenakan ke atas pemilik kenderaan kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemandu kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia.

Pada 23 Mac 2011 Timbalan Menteri Pengangkutan Jalan, Abdul Rahim Bakri dalam kenyataannya di parlimen mengumumkan , kerajaan  telah menangguhkan tindakan menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai saman ekor sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan.

Alasan penangguhan Menyenarai hitamkan kenderaan yang mempunyai sama ekor dibuat kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi  Kuching dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang v Director of JPJ negeri Sarawak .

Namun setelah lebih kurang satu minggu kenyataan Timbalan Menteri ini dibuat, pembaharuan cukai jalan masih tidak boleh dilakukan di pejabat JPJ oleh pemilik kenderaan kerana pegawai –pegawai JPJ masih belum menerima apa-apa arahan dari peringkat atasan atau menteri berkenaan. Malah apa yang dikesalkan sistem online JPJ dan PDRM masih menyukarkan pemilik kenderaan yang mempunyai saman ekor tertunggak, tidak boleh menghidupkan cukai jalan.

Kelewatan tindakan pihak JPJ, PDRM dan menteri yang berkenaan mengenai perkara ini sangat dikesali , seolah-olah pihak yang berkenaan lebih mengutamakan keuntungan dari hasil saman ekor yang diperolehi melebihi kepentingan pengguna.

Monday, March 21, 2011

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah DUN Pasir Panjang pada 27 Mac 2011 (Ahad)

Dewan Pemuda PAS akan menganjurkan perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah bagi kawasan DUN Pasir Panjang. Kesemua perlawanan akan diadakan pada 27 hb Mac 2011 (Ahad) mulai jam 8 pagi hingga 6 petang di Padang Pertanian Batu 9, Lekir. Yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut boleh ler mengambil borang penyertaan di Pusat Khidmat ADUN Pasir Panjang beralamat; Blok O-10, Fasa 1C3, 32040 Seri Manjung dengan Yuran Pendaftaran RM 100.00 setiap pasukan. Sebarang pertanyaan berkenaan penyertaan boleh menghubungi; Sdr Nizar Majid : 019-5671102, Sdr Awis: 019-4989130, Sdr Hafiz Zakaria: 019-3566561. Perlawanan akan diadakan secara Liga mengikut kumpulan. Pemenang akan mendapat RM 700 untuk tempat pertama, RM 500 Tempat kedua, Rm 300 untuk Tempat Ketiga. Penyertaan adalah terhad.