Harakahdaily |
Majistret Mohd Izaham Ali melepaskan mereka selepas ditangkap di susur keluar Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada 9 Disember 2007. Menurut majistret, terdapat percanggahan antara kenyataan polis dan juga saksi ketika mereka memberikan keterangan. (Gambar fail: Mohamad Sabu dan tertuduh ketika dibicarakan sebelum ini di Mahkamah Majistret, Jawi) Pihak pendakwa, katanya, gagal membukti kes mereka ekoran wujudnya keraguan dalam kes pendakwa. Antaranya, wujudnya keraguan dalam waran tangkap yang dikemukakan pendakwa di samping pencanggahan keterangan antara saksi pendakwa. Majistret juga berkata, tiada keterangan yang diberikan berhubung dengan dakwaan saksi pendakwa kononnya mereka mengganggu tugas polis seperti menolak polis atau enggan membuka pintu kenderaan seperti yang didakwa saksi pendakwa. Menurut kertas pertuduhan, kesemua mereka telah dituduh menghalang anggota polis berpangkat Superitenden Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap Mohamad Sabu. Kesalahan tersebut didakwa telah dilakukan di hadapan Plaza Tol Bukit Tambun, Seberang Perai Selatan, lebuhraya PLUS berhadapan susur keluar lebuhraya dari arah Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada jam 7.45 malam 9 Disember 2007. Kesemua mereka juga dituduh menurut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang mana membawa humuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit akan kesalahan. Dalam perbicaraan yang diadakan tadi, kesemua yang dituduh terdiri dari Mohamad Sabu, Fauzi Saharat, Abd Rahim Md Ariff, Zairun Azrul Zainal Abidin, Zamarul Aini Abdul Malek, Mohd Bunyamin Ishak, Md Lazim Osman, Abd Razak Ramli, Mohd Sabri Said dan Mohamed Salleh hadir. Mohamad Hanipa Maidin bersama-sama dengan Aminuddin Zulikifli dan Yusnita Yusoff mewakili kesemua tertuduh. |
TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Monday, January 3, 2011
Mahkamah bebaskan Mohamad Sabu dan 9 yang lain
Thursday, December 30, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Dato' Seri Nizar dan isteri menghadiri lima kenduri sabtu lalu.
Dato' Seri Nizar bergambar dengan keluarga dan anak-anak
Allahyarham Cik gu Kamaruddin Awang Teh di Ayer Tawar, Perak.
Kehadiran Dato' Seri Nizar disambut oleh Bekas pesara TLDM,
Encik Mohamad Nor di Taman Mas, Kg Koh.

Dato' Seri Nizar dan Datin Seri Fatimah Taat
Pasangan penganti bergambar bersama Dato' Seri Nizar
Pengantin menyambut ketibaan tetamu
Pengantin Bersalaman dengan Dato' Seri Nizar
Ahli silat Pulut
Encik Mohamad Nor sangat gembira menyambut tetamu
Haji Rashidi Turut Gembira
Keluarga Haji Rashidi di Fasa 2H bergambar dengan Dato' Seri Nizar
Pegawai Jurutera Marin TLDM ini melangsungkan perkahwinannya

IHTIFAL SERI/ SEMI ATTAALIM DIRASMIKAN OLEH PESURUHJAYA PAS PERAK.
Pesuruhjaraya PAS Perak Ust Abu Bakar Hussain menyampaikan ucapan perasmian di Ihtifal Sekolah Rendah dan Menengah At taalim, Seri Manjung, Perak.
Pelajar-pelajar perempuan Sekolah Rendah Islam At taalim
Pelajar lelaki Sekolah Rendah Islam At taalim.
Persembahan Nasyid
Persembahan Dikir Barat oleh Pelajar Sekolah Rendah Islam At Taalim
Ustaz Abu Bakar menyampaikan Plak Kecemerlangan
Pelajar perempuan menerima Plak Kecemerangan
Pengarah Sekolah Rendah dan Menengah Islam
At Taalim Seri Manjung, Haji Noh Ahmad,
menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak.
25 Dis 2010 Seri Manjung, Perak telah berlangsung hari Ihtifal Tahunan Sekolah Rendah (SERI) dan Menengah (SEMI) Islam At Taalim, Seri Manjung di Dewan SRAR MADAH, Fasa 1A, Seri Manjung. Majlis dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah SERI/SEMI AT TAALIM Hj Noh Ahmad. Ihtifal dimulai dengan bacaan ayat-ayat Al quran oleh pelajar sekolah ini. Pelajar-pelajar sekolah ini juga telah mempersembahkan nyanyian nasyid dan dikir barat dan beberpa persembahan lain. Sekolah ini telah beroperasi lebih dari 13 tahun dan melahirkan pelajar2 yang cemerlang dibidang akademik dan dinniyah. Pelajar-pelajar pertama dari sekolah ini kebanyakkannya telah berada di menara gading dalam segenap lapisan di dalam dan luar negara. Saban tahun ihtifal tahunan ini diadakan dan ibubapa dapat melihat sendiri perkembangan anak-anak mereka dibidang pendidikan.
Dari bangunan yang disewa kini SERI/ SEMI AT TAALIM memiliki bangunan sendiri dengan sumbangan ibu bapa dan orang ramai. Ustaz Abu Bakar telah ucapan perasmian menasihati para pelajar agar terus meningkat usaha menimba ilmu dan berharap kepada ibu bapa janganlah merasa bimbang menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Islam seperti At Taalim. Pihak sekolah juga diseru agar mencari jalan bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti ilmu kepada pelajar khususnya pengajian bahasa arab yang menjadi pelajaran teras di sekolah ini. Dalam majlis ihtifal ini Ustaz Abu Bakar telah menyampaikan plak kemerlangan kepada pelajar pelajar yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)