TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Thursday, October 7, 2010

Galas: Sokongan bukan Islam makin meningkat


Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 6 Okt: PAS yakin sokongan masyarakat bukan Islam khususnya Cina di Dun Galas terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat hasil perubahan 20 tahun dilakukan oleh kerajaan Kelantan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata hasil dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan, masalah Islamofobia tidak wujud lagi di negeri itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada media ketika di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Markas 8 Briged Pengkalan Chepa, tengah hari tadi sebagai mengulas tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil Dun Galas yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.
Kehadirannya bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, disambut oleh Penglima 8 Briged, Brigedier Jeneral, Abdul Rahim Abdul Mutalib.
Katanya lagi, tiada halangan untuk PAS menghadapinya memandangkan sokongan pelbagai pihak termasuk golongan itu semakin kuat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, PAS telah mewujudkan Dewan Himpunan Penyokong PAS untuk golongan bukan muslim atas permintaan mereka sendiri yang menunjukkan sokongan semakin meningkat.
Katanya, fahaman daripada teori  Islamofobia oleh kalangan masyarakat itu kepada ke arah yang lebih baik.
“Perkembangan ini satu kemenangan kepada perjuangan Islam, bahkan tidak ada fahaman Islam fobia di Kelantan ini.
“Untuk itu, PAS bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang akan berlangsung 4 November ini,” ujarnya.
Beliau juga turut mendedahkan calon yang bakal bertanding juga telah dikenal pasti.
Mengulas kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal bertanding, beliau berkata, PAS tidak menentang Umno atas sifat peribadi.
“Kita lawan Umno ni bukan kita lawan batang tubuh, tetapi lawan fikrah dia, lawan teori dia, politik lain, agama lain, ni salah, bahaya,” ujarnya.
Beliau menegaskan, PAS tidak akan beri kemenangan percuma kepada Ku Li sekiranya menjadi calon walaupun beliau menyokong tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan.
Menurutnya, tuntutan royalti dan menentang calon dalam pilihan raya adalah perkara yang berbeza.
Tegasnya, PAS menentang perjuangan atau fikrah yang salah dan bukannya batang tubuh individu.
“Jangankan Umno yang diperjuangkan oleh orang Melayu, andai kata Umno ni diperjuangkan oleh orang Arab sekalipun PAS tetap akan menentangnya,” ujarnya lagi.
Katanya, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, sebelum ini tidak pernah mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negeri ini.
“Sepatutnya sewaktu menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang lebih layak jadi calon, tetapi dia (Umno) tak buat. Mungkin juga Ku Li tak mahu, kalau dia mahupun siapa boleh sekat sebab dia pengerusi,” ujarnya.
Kerana itu, tambahnya bukan taraf beliau (Ku Li) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Bagaimanapun, PAS menghormati keputusan Ku Li untuk bertanding dan akan berlawan sebagaimana biasa.

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.
Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.
Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.
“Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.
“Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.
“Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti,” tegasnya.

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Raya Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Kawasan Lumut meriah.

Ketua DMP Kawasan Lumut Menyampaikan Ucapan Alu-aluan
YDP Kawasan Lumut memberi ucapan 
Saudara MP Shanmugam selaku ketua Cabang PKR Lumut
ADUN Sitiawan, Dato' Ngeh Koo Ham
Dato' Seri Nizar ADUN Pasir Panjang
Para Penyokong bertemu dengan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh.
Pemuda DAP Lumut; Sdr Loh
Ahli DAP Lumut bertemu dengan Dato' Ngeh
Hj Raslee membacakan doa selamat
Tetamu yang turut hadir
Sdr Suhaimi sedang membakar ayam
Sedang mendengar ucapan
Wanita Pakatan Rakyat Lumut
AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Lumut bergambar dengan YB Dato' Seri Nizar
Wamita Pakatan Rakyat sedang menjamu selera

Pada 4 Oktober 2010 (Isnin) 9.00 malam,di Perkarangan Homestay Aridzi, Desa Manjung Point, Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Kawasan Lumut telah berjaya menganjurkan satu Jamuan Raya Eidul Fithri. Ianya dihadiri oleh para penyokong Pakatan Rakyat kawasan Lumut. Tetamu Khas pada malam tersebut ialah YB Dato' Seri Nizar; Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga ADUN bagi kawasan Pasir Panjang. Turut hadir ialah YB Dato Ngeh Koo Ham selaku ahli Parlimen Bruas merangkap ADUN Sitiawan. Kedua-duanya adalah tonggak utama pimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak. Mereka telah diberi peluang menyampaikan ucapan. Selain itu Yang Dipertua PAS Kawasan Lumut, Haji Noh Ahmad juga menyampaikan ucapan. Turut berucap  ialah Saudara MP Shanmugam yang baru dipilih sebagai Ketua Cabang PKR Lumut.
Saudari Rohawati Abidin yang menjadi Ketua Muslimat PAS Kawasan Lumut sangat berpuashati dan gembira dengan kehadiran para jemputan yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Semoga semangat ini dapat diteruskan bagi menjayakan cita-cita Pakatan Rakyat untuk kemenangan Pilihanraya akan datang.

Monday, October 4, 2010

SELAMAT DATANG KE PROGRAM BAITUL MUSLIM - IKATAN MAWADDAH


Pujian mesti diberikan kepada Lajnah Kebajikan PAS Perak yang mengambil inisiatif menubuhkan satu unit rasmi yang diberikan nama  Ikatan Mawaddah  Baitul Muslim yang bertujuan menangani masalah remaja dan anak – anak ahli yang masih bermasalah mencari pasangan hidup mereka.

 Memanglah tidak dinafikan bahawa parti ini mesti mengambil tahu kebajikan anak – anak ahlinya dari A sampai ke Z lebih – lebih lagi sekarang ini keruntuhan dan kerosakan moral remaja melayu susah sampai ke penghujungnya kerana hasil tangan – tangan pemerintah yang dilihat sebagai juara maksiat dan sebagainya.

Teman baru - baru ini banyak berbincang dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa Lajnah ini iaitu Puan Zuhairah Dato` Ghazali mengenai satu kes seorang remaja melahirkan   anak  di Hospital Ipoh tanpa suami yang sah, manakala gadis ini pula tidak diterima oleh keluarganya oleh sebab - sebab tertentu. Malah teman juga banyak dipanggil oleh beberapa NGO dan individu memberikan kauserling kepada remaja - remaja kebanyakkannya gadis - gadis belasan tahun yang kes yang sama lari dari rumah. Teman mengingatkan mereka bahawa disana masih ada yang menyanyangi mereka iaitu PAS dan sebenarnya ibubapa mereka pun masih merindui dan sayang kepada mereka.

Dengan majlis pelancaran yang telah disempurnakan oleh Tuan Pesuruhjaya PAS Negeri ini telah membuktikan bahawa satu lagi tanggungjawab ummah memelihara kehormatan insan  ciptaan Tuhan ini.

Datuk atau opah selalu bertanya kepada cucu – cucunya`` Mat – Mat  bila dah besar nanti nak jadi apa` yang bermaksud cucunya dah besar nanti nak kerja apa. Inilah mentali orang melayu yang jarang – jarang sekali mengingatkan orang yang tersayang supaya dan agar mentaati Tuhanya kerana itulah bekalan yang hakiki disana nanti. Maka cucu yang berumur setahun jagung ini berkata pula….dah besar nanti Mat nak jadi doktor. Itulah jawapan standard dari cucunya itu, malah pekerjaan doktor, peguam, pilot, guru dan lain – lain merupakan pekerjaa dibibir kanak – kanak apabila ditanya.

Jarang sekali malah kadang – kadang tidak ditanya oleh datuk dan opahnya….nanti engkau dah besar mesti jadi seorang doktor yang beriman, peguam yang bertaqwa atau pun guru yang beramanah dan kasih kepada Islam….kerana itu awalan doa dari seorang yang bergelar datuk dan opahnya,

Akhirnya cucu ini membesarkan akan menjadi seorang doktor, seorang peguam dan lain – lain profesion yang melupakan dirinya sebagai hamba dan kehidupannya bukan sahaja dipengaruhi maksiat tetapi perderhakaan kepada TuhanNya…yakni Allah SWT.

Itulah le sebabnya yang  jadi pak – pak menteri tu kebanyakannya lebih takut daripada manusia daripada TuhanNya.

Begitu juga dalam pertemuan formal dan tidak formal atau pun dalam usrah….apabila ditanya anak saudara ada berapa ? maka jawapan saudara kita itu ` saya mempunyai 5 orang anak atau pun 3 orang anak` tapi jawapan ini salah….kerana jawapan yang betul….saya diamanahkan Allah baru 5 tau 3 orang anak kerana perkataan BARU itu adalah doa untuk menambahkan cahaya mata lagi oleh Allah SWT.

Teman selalu buatkan sahabat – sahabat teman keliru dengan teman `` Ya sheikh….anta ada anak berapa orang ?`, maka dengan lidah yang fasih teman jawab ` ana ada anak baru 5 tapi belum kahwin lagi ` ….dia konfius `` ehh….mike je bebeno….anak ada lima tapi belum kahwin lagi…..teman pun ngekeh kahkahkah….teman kata kat dia mike ni macam umNO LAMBAT FAHAM LE….maksud teman tadi belum KAHWIN SORANG LAGI….baru dia tersengih dan terdiam tanda faham.

Diantara pengenalan Ikatan Mawaddah ini merupakan unit khususnya bagi menjaga kelangsungan ahli agar sentiasa istiqamah dan menyumbang untuk kelancaran jamah walaupun setelah berumahtangga. Ianya juga mendidik ahli dan jamaah dengan falsafah kekeluargaan dalam Islam dan membina kekeluargaan sepertimana yang dituntut oleh agama.

Perancangan program yang disusun ialah majlis perkahwinan 5-1- pasangan serentak, seminar ikatan mawaddah, kursus perkahwinan bersiri dan rehlah ikatan mawaddah.

Tuan Pesuruhjaya juga dalam majlis tersebut menyarakan supaya juga diadakan kursus kefahaman berpoligami….yang itu teman setuju 101%.....kepada Tuan Pesuruhjaya, teman faham ADA MAKNA TU.

Pengalaman teman sebagai Pengarah Baitul Muslim anjuran Dewan Pemuda dulu berjaya memprogram seramai 15 pasangan untuk di Ijab kabulkan…..teman tumpang bahagia dan gembira, malah program itu telah melahirkan 13 orang anak….maksud teman itu juga sebahagian anak – anak teman.

5 tahun berlalu.Tapi sayang program itu berhenti seketika kerana masing – masing sibuk atau buat sibuk dengan program – program lain….termasuk diri teman yang semacam ` hangat – hangat tahi ayam `. Tapi teman bangga dan menaruh harapan kepada Lajnah Kebajikan yang diketuai oleh Ustaz Mustafa Shaari dan Dr. Najihatullasaleha ini. Berikanlah ` Harap & Percaya ` kepada team mereka.

Kepada mereka – mereka yang berstatus belum lagi kahwin…..maksud teman yang belum berkahwin seorang lagi, maka ayuh bahkata orang banjar ` ayuh banbai ` jangan lepaskan peluang ini. Bagi yang tak berapa berani nak pakai baju melayu bersamping ke majlis – majlis hari raya disana sini tu…..teman nasihatkan banyak – banyakkan berpuasa…mudah – mudahan dengan berpuasa itu badan sihat untuk terus berjuang melawan umNO yang kini nyawa – nyawa ikan untuk disiang buatkan gulai kari sepertimana kari 786 tu.

Teman selalu mengusik kekawan teman….rugi mike kahwin lambat….kalau mike tahu seronok dan nikmatnya berkahwin tentu mike akan cakap ` kalau aku tahu dot dot dot….tentu umur 15 tahun lagi  aku mintak emak kahwinkan aku.

MEMANG LE……isu poligami ni memang panas….sepertimana posting teman bulan Mei yang lalu….semua nak kan makanan dan minuman madu…..ayam  madu, kurma madu, jambu madu, limau madu, durian madu, belimbing madu dan bermacam – macam madu…..cuma yang tak suka dan tak boleh terima BERMADU malah ada cadangan perkataan itu jangan dok ada dalam kamus melayu…..heeeee jangan marah teman cuma nak bercerita aje. Maafkan teman. Teman takut juga lebih – lebih kot – kot nanti kena pukul dengan pelepah nyor.

Itu le manusia…..semua nak kan barangan asli….tapi nak kahwin dengan orang asli mampukah kita. Itu kena tanya MB Perak sekarang ni lah….sebab orang kata tapi bukan teman kata…. beliau berpengalaman mengadakan program demi program mutakhir ini di perkampungan itu.

Kami bukan broker atau along….tapi kami nak tolong.

Maklumat lanjut program Baitul Muslim – Ikatan Mawaddah akan disiarkan kedalam blog ini. InsyaAllah. 

KITA TUNGGU.

Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya

Mohd Sabri Said   
KEPALA BATAS, 3 Okt: "Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya," itulah reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap serangan Umno yang kian serabut dengan wang pemberian warga emas RM100 dan wang pengurusan jenazah warga emas sebanyak RM1,000.
Ujarnya, jika ada warga emas yang mahu memulangkan pemberian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, mereka boleh berbuat demikian dengan mengutus surat mengatakan mereka tidak mahu menerima terus pemberian yang diperuntukkan kepada mereka setiap tahun.
“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak manasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” katanya.
Namun begitu, ujarnya kerajaan negeri tidak hairan dengan desakan Umno Kepala Batas dan yang terbaru di Bayan Baru kononnya mereka bersama dengan penduduk miskin menentang usaha murni kerajaan negeri berjiwa rakyat yang berusaha meningkatkan martabat bangsa, agama dan sosioekonomi menerusi penjimatan yang dilakukan.
"Sebelum ini Umno tidak pernah berikan sesen pun wang kerajaan kepada rakyat miskin yang mereka tahu golongan miskin diperkotakkatikan semasa pilihan raya tidak kira kecil ataupun umum," tambahnya ketika ditemui selepas meraikan sambutan Aidil Fitri PAS Kawasan Kepala Batas di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bertam petang tadi.
Katanya, Umno nampak serius melemparkan fitnah terhadap kerajaan negeri kononnya pemberian wang warga emas dan pengurusan jenazah daripada hasil judi sedangkan pemimpin mereka sendiri bergelumang dengan hasil judi.
Malahan, kata beliau ada antaranya terlibat menjadi jawatankuasa organisasi berhubung dengan perjudian.
“Jika macam itu bagaimana pendapatan mereka untuk diberi makan keluarga,” katanya.
Menurutnya, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus sendiri telah menjelaskan sebelum ini bahawa wang sumbangan syarikat judi lumba kuda diasingkan untuk masyarakat bukan Islam dalam Rakan Anti Kemiskinan (RAK) bukan wang warga emas atau pengurusan jenazah.
"Saya pun tahu judi haram untuk orang Islam, maka kita asingkan tabungan itu,  wang RM100 dan RM1,000 itu diambil dari wang penjimatan kerajaan," jelasnya.
Apa pun, tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Putih, tekanan yang dibuat oleh Umno BN itu membuatkan semua jentera kerajaan dan parti melaksanakan kerja dengan lebih efisyen.
Bukan sahaja jentera, ujarnya bahkan semua Exco dan kepimpinan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat bertungkus lumus merangka program untuk memperjelaskan keadaan sebenar kepada rakyat.