TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Saturday, May 22, 2010

Demo bantahan Lesen Judi di Masjid Negeri Ipoh














Selepas solat jumaat 21 Mei 2010, kira-kira 1000 orang telah berhimpun di perkarangan masjid negeri Perak, Ipoh membantah cadangan kerajaan untuk meluluskan lesen judi bola piala dunia. Beberapa pimpinan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ) telah menyampaikan ucapan dan memohon agar pemerintah Barisan Nasional membatalkan hasratnya untuk memberi lesen kepada syarikat yang dicadangkan. Jangan jadikan Malaysia tempat kegiatan judi yang menggalakkan rakyat untuk berjudi. Himpunan petang itu terpaksa dipendekkan, kerana pihak polis tidak membenarkan ucapan dari mereka yang berkenaan diteruskan. Diakhir himpunan tersebut, Replika piala dunia yang ditampal dengan simbul judi telah dimusnahkan oleh mereka yang hadir dengan memijak-mijak replika tersebut sebagai tanda protes tidak menyukai amalan judi dan tidak memberi lesen kebenaran berjudi sebagai galakan kepada syarikat-syarikat berkenaan . Semua peserta himpunan telah bersurai setelah protes dan bantahan melalui ucapan pemimpin diluahkan.

Friday, May 21, 2010

Nizar : laporan Sinar tidak betul dan mengelirukan

laporan muka hadapan Sinar Harian 20 Mei yang menjadi pertikaian.

IPOH, 20 Mei :- Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit. Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah, demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.

Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20Mei yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian. Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. Malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh DS. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" Tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

Thursday, May 20, 2010

Minum Petang bersama DS Hj Nizar di Kpg Sitiawan@ 19 may 10


oleh Hablumminannas

Pada sebelah petang 19 May 10, DS Nizar meluangkan masa utk bersama2 dgn penduduk kampung Sitiawan. Program minum petang itu berjaya dilaksanakan dgn kehadiran yg melebihi 70 org. Terdapat 3 ekor SB yg bersama-sama dlm program tersebut..


Ketibaan DS Hj Nizar di Kpg Sitiawan

Ucapan dari Pengerusi Majlis, Cikgu Hashim...
DS Nizar sedang memberikan ucapan, mcm tak best kalo x der ucapan ringkas dari beliau







Ini SB2 yg hadir utk membuat liputan, Din dan rakan2nya....


Abg Isa pun tak melepaskan peluang bergambar bersama Dato Seri
Berbual2 bersama org2 kuat DUn Pasir Panjang sebelum berlepas pulang ke Ipoh

APABILA LIM GUAN ENG DARI CINA DAP BANTU SAR, TAHFIZ DI PULAU PINANG.....NAJIB MELAYU UMNO BAGI APA????

Apabila seorang Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dipilih oleh rakyat Pulau Pinang untuk menjalankan amanahnya semampu mungkin, barangkali telah mengejutkan pemimpin UMNO BN apabila dia ingin menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh ikutan dalam pentadbirannya. Paling penting beliau tidak sahaja menjaga kepentingan bangsanya untuk mentadbir. Peluang atau peruntukan yang ada diagehkan mengikut keperluan tanpa mengambil kira keperluan politik sebagaimana yang dilakukan oleh UMNO BN sebelum ini. 
 
Mengambil contoh kepada Perdana Menteri Najib dari UMNO BN dalam kempennya, telah menggunakan kesempatan untuk membantu rakyat Sibu dalam pilihanraya kecil yang baru lalu kepada pengundi cina akan meluluskan peruntukan 5 juta apabila rakyat sibu akan mengundi BN dalam pilihanraya tersebut. Kerana kepentingan politik beliau sanggup menjadi kebudak-budakkan " You Help Me, I Help You"!!!!! Inilah perangai buruk perdana menteri kepada rakyat tanpa mengambil kira kesan dari perbuatan adan ucapannya.

Berbalik kepada Lim Guan Eng....yang datang ke SAR Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama (Sungai Derhaka) Buat kali yang kedua tahun ini..

Dalam lawatan yang Pertama Guan Eng dikejutkan oleh beberapa pelajar Melayu darjah 5 yang bertanya soalan kepada Guan Eng dan berinteraksi dalam bahasa Mandarin dengan beliau..

Pasal dia dah terkejut kali ini dia tak terkejut dah la..


******************************

PULAU PINANG, 20 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini menjadikan RM1.75 juta berbanding tahun lepas hanya RM1.5 juta.

Demikian kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis sumbangan peruntukan untuk SAR 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama, dekat sini semalam.

Menurutnya, daripada peruntukan tersebut, RM380,950 diberikan kepada 102 sekolah rendah agama dan RM25,000 lagi kepada lima buah sekolah tahfiz.

"Kerajaan negeri berjaya menambah peruntukan RM1.5 juta peruntukan untuk sekolah agama rakyat menjadikan RM1.75 juta tahun ini. Bantuan terbuat menggambarkan Kerajaan Pakatan Rakyat prihatin terhadap SAR yang pernah dibatalkan peruntukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Kerajaan negeri juga, katanya senantiasa menitik beratkan tentang kualiti pembelajaran untuk setiap generasi agar menjadi generasi berilmu dan cemerlang.

Justeru itu, tambahnya Kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan satu Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau seluas 200 ekar demi menarik institusi pengajian tinggi yang terunggul.

"Hab Pendidikan Cemerlang di Balik Pulau dengan keluasan 200 ekar bakal mewarnai bidang pendidikan Islam suatu hari nanti di negeri ini. Namun, sekarang projek berkenaan masih dalam perbincangan mungkin dalam tempoh setahun atau dua tahun ia akan siap," tegas beliau.

Umat Islam harus berbangga kerana dengan peruntukan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun lepas telah membolehkan Madrasah Al-Aminiah mewujudkan makmal sains untuk pelajarnya.

Beliau berharap Kerajaan Pusat memperuntukkan kepada SAR untuk mengubah suaian serta membangunkan institusi SAR pada masa depan kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri terlalu kecil.

"Setiap tahun peruntukan akan diberikan, contohnya tahun sudah Madrasah Al-Aminiah berjaya membina makmal sains. Pembelajaran sains juga wajar dipertingkatkan pembelajaran di SAR supaya pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang sekali gus," tambahnya.

Bantuan kali ini meliputi Maadrasah Manabil Ulul sebanyak RM197,000, Madrasah Al-Irsyad Al Asyraf Al-Watanaiah (RM159,000), Madrasah Al-Aminiah (RM183,000), Sekolah Menengah Islam Ad-Diniah (RM166,275), Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) sebanyak RM120,000.

Sekolah Menengah Othmaniah (RM90,000), Institut Pengajian Ar-Razi (RM70,000), SABK Khairiah Islamiah (RM23,000).

Manakala SABK Al-Masriyah (RM30,000), SABK Wan Jah (RM13,000), SABK Faqiyah Daimiah (RM22,000), SABK Al-Ahmadiah Al-Ijtimaiyyah (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1 (RM25,000), SABK Daeratul Maarifil Wataniah 2 (RM19,000), SABK Al-Mashoor Islami (RM25,000), SABK SMATI (RM22,000), SABK Al-Imam An Nawawi (RM3,000), Sekolah Menengah Al-Itqan (RM96,275) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum sebanyak RM45,000.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Haji Abdul Malek Abul Kasim, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Ustaz Saleh Man, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, Haji Mokhtar Shafie, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Husein.


Harakah Daily

JOM MEMBANTAH LESEN JUDI

Himpunan aman membantah Lesen Judi Bola Piala Dunia yang diluluskan oleh kerajaan kepada Berjaya Group akan diadakan pada:

Hari: Jumaat (21 Mei 2010)

Waktu: Selepas Solat Jumaat

Tempat: Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), IPOH

Semua Muslimin prihatin dijemput untuk membantah pemberian lesen judi ini.

Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.