TRELLER JELAJAH

TRELLER JELAJAH

Undilah PAS

Undilah PAS

Monday, December 21, 2009

Bantah Usaha jadikan Sekolah Izzuddin dan Taayah dari JAIP Pk Ke SABK Kerajaan Pusat


Kenyataan Media (18 Disember 2009)
SELAMATKAN SEKOLAH KAMI : SIS DAN SERATA DARI DITUKARMILIKKAN KE KERAJAAN PUSAT
Himpunan bekas-bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) mendesak agar usaha untuk menukar milikkan pengurusan sekolah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak kepada Kerajaan Pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dihentikan serta-merta.
Kami bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA memandang serius impak negatif dan kesan buruk yang akan terjadi akibat pemindahan pengurusan sekolah ini. Kami bertegas untuk mempertahankan sekolah warisan dan kebanggaan rakyat Perak ini daripada dicerobohi oleh sebarang gangguan luar.

Kesan buruk yang akan terjadi ialah identiti utama SIS dan SERATA sebagai satu-satunya sekolah milik kerajaan Negeri Perak yang menjalankan pengajian I’dadi dan Thanawi akan hilang. Pengurusan baru oleh Kerajaan Perseketuan akan melaksanakan pekeliling pendidikan yang mewajibkan jumlah kredit pengajian subjek yang diajar di SIS dan SERATA sama seperti sekolah harian yang lain. Ini secara jelasnya akan menyebabkan bilangan jam untuk pengajian I’dadi dan Thanawi akan berkurang dan akhirnya terhapus langsung.
Perancangan halus untuk menghapuskan pengajian I’dadi dan Thanawi ini dapat dikesan sebagai satu usaha untuk merendahkan kadar kemasukan dan kelayakan pelajar-pelajar aliran agama ke pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Ini akhirnya menyebabkan graduan yang memiliki kepakaran dalam lulusan agama akan berkurangan dan menyebabkan pengajian agama terpinggir di negara ini,
Selain itu, kami melihat usaha penukaran ini akan menyebabkan rakyat Negeri Perak akan kehilangan warisan kebanggaan negeri ini. Sejak ditubuhkan, SIS dan SERATA secara konsisten telah menerima dan melahirkan pelajar-pelajar anak kelahiran Perak yang berjaya dalam segala bidang. Kehebatan pelajar SIS dan SERATA yang rata-ratanya terdiri dari anak jati Perak memang tidak dapat dinafikan apabila saban tahun mencapai keputusan peperiksaan yang membanggakan pada peperiksaan PMR, SPM , STPM dan STAM.
Dalam bidang kokurikulum juga, SIS dan SERATA juga telah mengungguli dan menjohani pelbagai acara dan pertandingan samada di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan sekolah mampu mentadbir dengan cekap dan baik walaupun tidak terletak dibawah kelolaan Kerajaan Perseketuan.
Kami memohon semua bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk bersatu mempertahankan SIS dan SERATA tanpa menjadi isu ini sebagai agenda politik.
Kami juga memohon agar Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Perak mengambil tindakan pantas untuk menyelamatkan nasib SIS dan SERATA.
Kami juga akan melancarkan kempen mengutip tanda tangan dari bekas-bekas pelajar dan orang ramai sebagai tanda protes pemindahan pentadbiran sekolah ini. Serahan tandatangan akan diberikan kepada Raja Dr Nazrin beserta memorandum pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Kami sekali lagi menegaskan bahawa tindakan menukar status pentadbiran SIS dan SERATA akan menyebabkan aliran agama terpinggir dan terlupusnya imej dan warisan kebanggaan rakyat Perak ini.


Yuzi Faizal Bin Buyong Basri
Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (Tahan)
Alumni SIS dan SERATA
phone no : 017-4830965

Kemana 70 Ahli Parlimen Barisan Nasional Semasa Pengundian Meluluskan Bajet 2010


http://www.anwaribrahim.info/wp-content/uploads/2008/12/dewan-rakyat-house.jpg





















Apabila bajet hendak diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, seramai 70Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak turut serta untuk menyokong ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain bagi meluluskan bajet penting itu. Suasana menjadi kelam kabut untuk mendapatkan sokongan majoriti hingga menyebabkan Timbalan Yang Di Pertua Dewan untuk turun mengambil bahagian dalam pengundian mencari sokongan majoriti. Apabila Yang Dipertua Dewan Pandikar Amin Mulia mengambil tempat sebagai speaker barulah Barisan Nasional  mendapatkan sokongan majoriti dan Bajet Kementerian Dalam negeri pun diluluskan. Oleh kerana Bajet keseluruhannya perlu diluluskan, Speaker tidak mengambil masa lama untuk membuat pengundian setelah jumlah kehadiran ahli-ahli Dewan dari Barisan Nasional mencukupi walaupun kelebihan majoriti dalam pengundian untuk menyokong hanya 3 undi. Yang menjadi persoalan, kemanakah hilangnya 70 ahli parlimen Barisan Nasional yang lain, untuk mereka mendapat jumlah sokongan yang sangat padu bagi meluluskan bajet penting ini??? Ada berita menyatakan, sebahagian dari mereka tidak setuju dengan beberapa perkara dalam bajet yang dibentangkan. Mereka merasakan seolah-olah mereka menjadi Pak Angguk untuk melihat hasrat dan kehendak rakan mereka yang lain yang ada kepentingan mengenai projek-projek yang akan dilaksanakan dalam bajet tersebut. Inilah senario yang berlaku kepada ahli-ahli Dewan Rakyat kali ini terutama dari Barisan Nasional yang semakin korap. Rakyat Malaysia yang akan menentukan tentang KPI wakil rakyat mereka. Janganlah cantik pada slogan tetapi amalannya kosong dan hampa.

Perutusan Sambutan Hijrah 1431: Satu Iktibar


oleh Ustaz Idris Ahmad
Selamat menyambut tahun baru hijrah 1431. Semoga kedatangan tahun baru hijrah dapat memberikan pengertian yang bermakna kepada perjuangan agama Allah di atas muka bumi ini. Hijrah yang memerlukan pengorbanan jiwa, perasaan, tenaga dan harta benda. Baginda berhijrah kerana ia adalah arahan Allah SWT kerana bumi Makkah tidak subur untuk baginda meneruskan usaha dakwah. Maka baginda berhijrah kerana di Madinah adalah tapak yang subur untuk nabi SAW meneruskan usaha  menegakkan Islam yang syumul.
Semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW  mesti dijadikan aspirasi kita dalam meneroka jajaran dakwah  di negara ini. Hijrah dengan penuh strategik dan perancangan yang begitu rapi bukan secara membuta tuli. Nabi SAW melakukan hijrah dengan mengambil jalan yang jarang manusia lain lalu, bersembunyi di Gua Thur sebelum terus bergerak ke Madinah, semua ini menunjukkan Nabi SAW memberi tarbiah kepada kita dalam kerja dakwah dan perjuangan walaupun nabi boleh berdoa kepada Allah dan mengutuskan tentera-tentera Allah untuk membantu Nabi tanpa bersusah payah. Sebaliknya Nabi telah merancang dengan begitu teliti sekali sewaktu baginda mangatur untuk berhijrah.
Iktibarnya  walaupun perjuangan kita betul, dan musuh kita salah dan batil, tetapi jika kita tidak merancang  dengan betul, bererti kita merancang untuk gagal. Dalam konteks demokrasi jika kita tidak meramaikan ahli dan perbanyakkan cawangan serta menambahkan pengundi berdaftar maka kita kalah. Sunnah Allah tidak berubah. Kalau PAS tidak buat kerja kita kalah, kalau Umno  buat kerja dia menang.
Semoga hijrah memberikan pengajaran yang cukup bermakna kepada perjuangan kita dan mencapai cita-cita suci kita semua. Kita mengharapkan kerja kita pada tahun 1431H lebih cemerlang daripada 1430H. Kita tinggalkan segala kerja-kerja yang melambatkan kemenangan kita seperti berbalah sesama sendiri, menyelesaikan masalah parti dengan menggunakan media musuh, mendedahkan startaegi parti dan mendedahkan apa yang berlaku di dalam mesyuarat dalam blog. Azam baru kita ialah hijrahlah kepada hidup yang lebih harmoni dan membina parti kita dengan lebih cemerlang. Hijrahlah kepada akhlak berjamaah yang menguntungkan parti. Hijrahlah untuk menegur parti di majlis yang sesuai dengan akhlak orang yang mahu melihat Islam didaulatkan. Hijrahlah untuk membina parti yang lebih cemerlang dan Islam dijulang.
 

Berhati2 makan kangkong - Nasihat doktor

PERINGATAN



Cerita Di bawah adalah sebagai peringatan agar kita membasuh sayur-sayuran yang hendak dimasak dengan cermat berhati-hati. Tentukan segalanya bersih agar tidak ada benda lain yang hinggap pada sayur yang kita makan.
 

Dear All
Attached is an article forwarded by a psychiatrist from

Klang Hospital.
I am sorry I do not have a copy of it in English. It actually narrates how a young boy died after eating the kangkung vegetable. He had gastro-enteritis (diarrhoea/vomiting) and was admitted in hospital. Post mortem revealed that there were leeches in his intestines which has multiplied many times. The leech found its way through the hollow stem of the kangkong vegetable. The stem is hollow and is normally cooked together with the leaves.
One of the precautions we can take is to slice the stems into two and wash it well before cooking.
Regards
 
ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda.
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini. Orang tua anak itu kebingungan,

kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea, malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar.. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip didalamnya.

Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung.
Best Regards,
Dr. Nor ni Abdullah,
Psychiatrist,
Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
42500 Klang,
Selangor.
Tel :
Fax : +60333729089

Friday, December 18, 2009

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok

Harakahdaily   
SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.

Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil  pelbagai jenis media dari suluruh dunia.

Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.
(Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat)
Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.

Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.

Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.
Antara kandungannya adalah:
1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.

2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat

4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.

5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.

6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.

7) Bangunkan agenda keselamatan sosial

8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.

Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.